BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, 21 August 2013

Khilaf Hati

Ainaa, jangan lupa kita ada perjumpaan dekat library pukul 10 pagi.Please bangun awal ye tuan puteri.                                                                Love by Bella

 

WHAT!! Pukul 10? Sekarang dah pukul berapa dah ni…. Alamak aku dah lambat!!”

“Aduh… Macam mana lah aku boleh lupa hari ni ada meeting… Problem betul lah Bella ni… Hari ahad pun nak buat meeting… Buat lah hari lain ke… Time ada tak ada kelas ke… Tak payah lah nak sentuh hari-hari yang sangat bermakna ni…” laju mulut Ainaa membebel…

“Aku ni hah sempat mandi kerbau je…. Sebaik ada minyak wangi yang mak bagi ni… Tidak tah bau……” Bukkk!! ‘Aduh!!’ Ainaa terjatuh… Umpama nangka busuk dah dia rasa….

Bahu Ainaa telah dilanggar sehingga menyebabkan dia jatuh tersungkur.. Nasib baik ditempat itu tak ada ramai orang… Tidak tak tertanggung malu akibat keadaannya yang sedemikian itu… ‘Aku dah lah lambat.. Kau boleh pulak main langgar-langgar aku… Kau ni memang saja cari nahas lah..’ gerutu hati Ainaa… Dia langsung tidak melihat kepada orang yang melanggarnya tadi..

“Weyh! Kau jalan guna apa hah?? Ada mata kau letak dekat mana?” garau suara lelaki memekik kepadanya.. Hati Ainaa menjadi semakin panas…. Sekejapan dia sudah berdiri tepat dihadapan lelaki itu dengan pandangan mautnya…. Hatinya amat sakit dengan tengkingan lelaki itu….

‘Cantiknya’ detik hati Firdaus.

“Weyh budak! Kau dah langgar orang.. Kau tak reti nak minta maaf ke..? Lepas tu kau nak salahkan aku.. Nak memaki aku apahal?! Aku dah lah lambat… Sekarang aku makin lambat sebabkan kau… Kau ingat apa? Masa tu emas lah weyh…” keras suara Ainaa menyebabkan Firdaus tersedar dari lamunannya…

‘Muka lawa.. Mulut macam mak nenek’ cetus hati Firdaus… “Amboi sedap lah kau.. Kau yang dah langgar aku.. Yang satu lagi, asal mulut kau ea?? Tak reti diam ea? Yang kau jalan sambil membebel apa pasal? Dulu mak kau lahirkan kau dekat reban ayam ke hah perempuan?”dus dus dus.. Tembakan Firdaus mengenai hati Ainaa… ‘Wah! Semakin panas hati aku ni’

“Hello brader! Lu yang langgar wa.. Lu nak hina-hina wa pulak…. Mulut lu tak ada lesen ke hah? Suka-suka hati nak kutuk-kutuk orang… Dari wa melayan lu, baik wa gerak sekarang lah… Buang masa lah weyh layan orang yang tak ada budi bahasa macam lu. Chaw!” segaja Ainaa langgarkan bahunya dengan kuat dekat Firdaus.. Hampir jatuh dibuatnya…

“Cis! Kau belum kenal aku siapa lah. Ini Muhammad Firdaus Bin Tan Sri Fathul lah! Siap kau mak nenek!”

‘Ingat aku kisah kau anak orang kaya sekali pun… uweekkk !!’ jeliran lidah dihadiahkan kepada Firdaus..


“Woi Ainaa..! Asal kau lambat hah? Kan dah janji pukul 10.. kau tengok jam sekarang dah pukul berapa..” Ainaa memandang sekilas jam tangannya.. ‘Ekelah.. Baru 10.15. Bukan lambat sangat pun.’ Nabila atau nama manja panggilannya Bella memang seorang yang sangat tidak suka lambat.. Kalau lambat walaupun satu minit, dia akan membebel… Orang yang rapat dengannya hanya akan menadahkan telinga dengan serela-relanya bila dia mula membebel…

“Weyh! Aku tanya kan? Asal kau ni? Serabut je aku tengok.” Risau pulak Bella takut pape jadi dekat Ainaa.. Masam gile muka dia. “Woi!” bahu Ainaa ditolaknya.. “Kau kenapa doe?” Ainaa yang masih panas hati pun membuka cerita… “Kau tahu tak….” Belum sempat Ainaa meneruskan ceritanya Bella menyambung.. “Tak.. Sebab kau tak cerita! Hahahaha” Ainaa memandang Bella dengan perasaan yang sangat marah.. “Kau ni aku punya panas hati tak habis lagi.. Kau jangan nak tambahkan ea!” Bella menekup mulutnya… Marah sungguh Ainaa…

“Okay-okay-okay… Cer cerita kenapa?”

“Kau tahu tadi tak mamat mana tah gi langgar aku.. Aku tengah sibuk membebel sana sini, tetiba dia langgar aku… Dah tu bukan nak minta maaf.. Dia hina aku lagi… Dia kata aku ni mak nenek… Suka hati dia je weyh!” Bella gelak besar….. Dia faham sangat lah kalau Ainaa membebel memang tak ingat dunia… Dia pun ada kurangnya… Masing-masing tak sedar diri….

“Kau kenal ke orang tu?” tanya Bella.. “Entah.. Anak Tan Sri Fathul… Tah apa tah nama dia… Malas aku nak ingat.. Buat sakit hati je buat apa…”Tangan Ainaa dikepal-kepalkan… Glup!! Bella menelan air liur…

“Firdaus anak Tan Sri Fathul ke Ainaa??”

“Aah… Mana kau tahu?” Ainaa mengarukan kepalanya…

“Weyh! Biar betul kau… Bapak dia tu ada pegang syer besar doe dekat kolej kita ni.. Silap hari bulan hidup kau boleh haru biru weyh dibuatnya..” Bella menunjukkan riak muka yang sangat kelakar sehingga Ainaa tidak tahan melihatnya… “Hahahahaha… Anak Tan Sri je pun.. Bukan anak Perdana Menteri ke.. Yang di-Pertuan Agong ke… Dah lah tak ada budi bahasa.. Hormat lagi lah… Asal? Dia nak buang aku dari kolej ni? Hei! Kolej ni ada undang-undang lah.. Lagi pun mak aku bayar kowt nak masukkan aku dekat kolej ni.. Apa hak dia nak buat hidup aku haru biru…?” Ainaa rasa tidak adil… Dia masuk ke dalam kolej itu dengan cara yang betul… Dia tak ada hak untuk buang atau mengenakan apa-apa tindakan dekat Ainaa.. “Bukan aku yang buat salah pun.. Salah dia.. Sape suruh dia langgar-langgar orang.. Ingat ni kereta langgar ke nak suka-suka langgar orang…”Ainaa masih berkeras…

“Suka hati kau lah Ainaa.. Aku dah nasihat kan kau… Kalau boleh jangan lah cari nahas lagi dengan dia… okay.. Dah lah.. Jom settle kan meeting kita dulu.. Then kita pergi lunch kat café….” Mereka pun meneruskan perbincangan…

‘Muhammad Firdaus Bin Tan Sri Fathul’ nama itu meniti dihati Ainaa dengan perasaan yang membara..



Keesokkan harinya

“Ainaa.. Sir Arryan nak jumpa awak dekat bilik kaunserling sekarang…” Amir, rakan sekelas Ainaa menyampaikan pesanan.. “Kenapa Sir nak jumpa aku pulak ni..?” tanya Ainaa.. Tangannya pantas mengaru kepalanya yang tidak gatal… Sudah menjadi tabiatnya… “Entah.. Mana aku tahu… Kau pergi lah tanya…”Ringkas jawapan Amir.. Pantas langkah Ainaa dipanjangkan ke aras satu blok Cendiakawan…

Ainaa berdiri tegak di depan pintu bilik Sir Arryan.. Nafasnya dihelakan…

Tuk tuk tuk………..

“Masuk!”

Ainaa dengan sopannya membuka pintu bilik… Salam pun diberi… Sir Arryan mempersilakan Ainaa duduk…

“Sir.. Ada apa-apa yang boleh saya bantu ke?” Ainaa sudah bertanya-tanya… Sir Arryan mengemaskan rambutnya…. “Ainaa…. Saya ada terima aduan.. Awak ada buat masalah… Awak ada langgar seorang pelajar baru dan awak memakinya dikhalayak ramai.. Betul ke Ainaa??

Sapppp!! Hatinya jadi sakit…

“Saya tak ada buat macam tu pun Sir… Kenapa saya nak kena buat macam tu pulak… Sir bukan tak kenal saya… Semut pun saya tak sanggup nak pijak.” Tiba-tiba hati Ainaa menjadi sayu… Dia pun ada hati dan perasaan… Hatinya terasa pilu bila dituduh sedemikian… Sir Arryan menarik nafas panjang… Dia kenal persis dengan Ainaa… Dia pun tidak tahu cerita sebenarnya.. Tapi kalau melibatkan anak Tan Sri dia tahu ada yang tidak kena.. Tapi aduan telah dibuat, maka hukuman akan dilaksanakan…

“Saya tahu itu Ainaa.. Tapi aduan dah pun dibuat.. Dan saya tak tahu kenapa perkara ini sudah sampai ke pihak atasan.. Padahal saya tahu ini perkara bukan serious pun… Sampai Tan Sri pun masuk campur…” Dengar sahaja nama Tan Sri, Ainaa tahu ini mesti kerja Firdaus… Bedebah kau Firdaus..!

“Sir… Saya betul-betul tak buat…. Ini kerja Firdaus! Dia yang rancangkan semua ini…” Ainaa mula sebak… Sir Arryan berasa kesian melihat riaksi Ainaa yang sebegitu rupa… “Tapi Ainaa… Ada saksi yang menyaksikan kejadian itu… Dan Firdaus minta supaya hukuman dijalankan…. Awak terpaksa ikut Ainaa.. Saya pun tak ada kuasa sebab ini pun adalah atas arahan Tan Sri jugak…” jawab Sir Arryan…

Ainaa terima hukumannya….

“Hukuman untuk Ainaa ialah meminta maaf secara melutut dikhalayak ramai…” Ainaa terpana… ‘Biar betul!’ Ainaa.. Mari ikut saya.. Kita pergi ke pentas sekarang… Ainaa hanya menurut….

Mata Ainaa melihat ramai orang berada di pentas… Dan matanya tertancap kepada senyuman yang amat meragut hatinya.. perasaan marahnya membuak-buak… Firdaus senyum mengejek… ‘Padan muka kau mak nenek…’ ketawa hati Firdaus…

Saat Ainaa melutut dan meminta maaf kepada Firdaus, Air mata Ainaa jatuh.. Firdaus terpana… Dia tidak menyangka Ainaa akan menangis.. Dia andaikan Ainaa adalah seorang perempuan yang kuat dah pantang dicabar… Rasa bersalah mencengkam hatinya…

‘Ya Allah! Apa aku dah buat! Ainaa maafkan aku..’

0 comments: