BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, 1 August 2013

Apa itu SYIAH?!

 
 
Dari hari ke hari semakin lama semakin selalu telingga kita disapa dengan gerakan SYIAH di Negara kita.... Ya Allah... Bagi mereka yang imannya tidak kuat pasti akan senang terpedaya dengan fahaman syiah ini....
 
Pesanan saya kepada semua... Kita semua sudah tahu fahaman kita pada Al-Quran dan Hadis.. Tapi bila seseorang yang datang kepada kita dah war war kan yang Al-quran itu palsu... Hadis itu tipu... Tapi dia mengaku dia ISLAM.. apa maknanya....
 
Wahai saudara-saudara ku diluar sana.... Aku pun bukan sempurna... Tapi aku tahu fahaman dan pegangan kita hanya kepada Allah, Rasul, Al-quran dan Hadis.. Jangan lah kita terpedaya dengan perkara-perkara yang mampu memesongkan akidah kita... Insyaallah...
 

Saya nak share berkenaan dengan syiah yang saya jumpa di facebook... Minta di share ye fillah... Untuk kebaikan bersama.... Insyaallah..
Apa itu Syiah ?
Syiah itu salah satu pegangan akidah yang di asaskan oleh Abdullah Bin Sabak .
Akidah yang bertentangan dengan Sunni .
Syiah itu bermaksud penolong/pembantu .

Siapa Abdullah Bin Sabak ni ?
Dia adalah seorang Yahudi .
Dia berasal dari Yaman .
Dia datang ke Madinah semata untuk mendapatkan jawatan , kepentingan politik .
Time tu zaman pemerintahan Saidina Uthman Bin Affan ,
Saidina Uthman tak layan dia .
Dia jadi marah lalu dia sebarkan fahaman kepada masyarakat Madinah bahawa ,
"Yang sepatutnya jadi khalifah ialah Saidina Ali bukan nya Saidina Umar , Saidina Uthman ataupun Saidina Abu Bakar.."
Dan masyarakat percaya benda ni .
Dari situ lah bermulanya fahaman Syiah .

Alhamdulillah kita berpegang pada Ahlu Sunnah Wal Jamaah/Sunni .
Syiah dengan Sunni ini sangat-sangat berbeza .
Syiah dengan Sunni ni bukan masalah khilaf furu'q (perkara-perkara kecil ) ,
Tetapi , Syiah ni benar-benar terpesong akidahnya dari ASWJ .

SEBAB ?
Antaranya ialah ,
SYIAH MENDAKWA ,

-Ketika Nabi Muhammad SAW wafat , seluruh sahabat nabi murtad , kecuali beberapa orang sahaja iaitu , Salman Al Farisi , Al Miqdad Bin Al Aswad , Amar Bin Yasser dan Suhaib Ar Rumi ( ada juga yang kata Bilal bin Rabah ) .

--Syiah mengkafirkan sahabat Nabi Muhammad SAW dengan berkata kepada Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar , "Dua patung berhala Quraisy.." .

--Mereka tak percaya Quran yang kita guna sekarang ni . Mereka menganggap Quran sebenar telah hilang , Quran yang di tulis Saidatina Fatimah r.ha .

--Semasa Nabi wafat , Saidatina Fatimah ni sedih , sedih sangat , dia menangis sampai 75 hari , time dia tengah sedih tu , Jibril turun menggembirakan nya , Saidina Ali pun hairan dengan siapa Fatimah bersembang, lalu Fatimah beritahu Ali, dan Ali berkata kalau Jibril datang lagi beritahunya . Jibril datang semula , Fatimah pun beritahu Ali , dan ketika itulah Saidina Ali menulis apa yang Jibril kata . Dan Syiah menganggap itu Quran mereka .

--Mereka mendakwa ada ayat-ayat al-Quran yang dibuang oleh Saidina Abu Bakar ketika mana Saidina Abu Bakar ni mengumpulkan kembali ayat-ayat al-Quran , antaranya ialah , surah al-Baqarah ayat 23 , surah Toha ayat 115 , surah al-Ahzab ayat 70 , surah al-Balad , mereka menokok tambah dalam ayat sebenar dan menambah satu lagi surah iaitu surah wilayah .

--Mereka juga ada imam . Iaitu Imam 12 . Imam yang ke-12 ini dipercayai telah ghaib pada 226 hijrah di sebuah terowong di Iraq/Iran . Setiap petang Jumaat mereka akan pergi ke terowong itu dan berkata , “Wahai Imam , keluarlah Iman , keluarlah..” . Sampai sekarang Imam itu tak keluar lagi . Dan akan keluar suatu hari nanti .

--Ulama terbesar syiah iaitu Al Khomeini berkata , “Sahabat nabi hanya mementingkan dunia , rebut jawatan , mereka tak pentingkan Quran dan agama , mereka jadikan Quran sebagai alat untuk niat mereka yang kotor , merampas jawatan khilafah..” .

--Mereka menghalalkan darah umat Islam . Bagi mereka , lagi banyak mereka membunuh umat Islam , lagi banyak darah yang mengalir , lagi cepat Imam mereka itu akan keluar dari terowong .

--Rukun iman mereka ada lebih dari enam . Mereka percaya pada Imam . Imam mereka boleh menghalalkan dan mengharamkan sesuatu perkara .Imam mereka maksum. Imam mereka mempunyai ilmu di mana mampu mengetahui benda yang dah berlaku dan akan berlaku . Imam mereka juga menguasai dunia dan akhirat . Imam mereka mampu beri apa sahaja yang mereka mahu .

Macam mana nak kenal syiah...

ada yang kata time mereka solat mereka akan letakkan batu... kalau solat tak kena batu tu maka solat tak sah...

And lepas bagi salam kena tepuk dahi 3 kali.. sebab apa pun tak tahu lah....

*rasa kelakar pulak lepas solat kena tepuk dahi... tersalah solat kowt ea?? haha..*

Share kalau boleh supaya semua orang tahu...

0 comments: