BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, 21 August 2013

Khilaf Hati

Ainaa, jangan lupa kita ada perjumpaan dekat library pukul 10 pagi.Please bangun awal ye tuan puteri.                                                                Love by Bella

 

WHAT!! Pukul 10? Sekarang dah pukul berapa dah ni…. Alamak aku dah lambat!!”

“Aduh… Macam mana lah aku boleh lupa hari ni ada meeting… Problem betul lah Bella ni… Hari ahad pun nak buat meeting… Buat lah hari lain ke… Time ada tak ada kelas ke… Tak payah lah nak sentuh hari-hari yang sangat bermakna ni…” laju mulut Ainaa membebel…

“Aku ni hah sempat mandi kerbau je…. Sebaik ada minyak wangi yang mak bagi ni… Tidak tah bau……” Bukkk!! ‘Aduh!!’ Ainaa terjatuh… Umpama nangka busuk dah dia rasa….

Bahu Ainaa telah dilanggar sehingga menyebabkan dia jatuh tersungkur.. Nasib baik ditempat itu tak ada ramai orang… Tidak tak tertanggung malu akibat keadaannya yang sedemikian itu… ‘Aku dah lah lambat.. Kau boleh pulak main langgar-langgar aku… Kau ni memang saja cari nahas lah..’ gerutu hati Ainaa… Dia langsung tidak melihat kepada orang yang melanggarnya tadi..

“Weyh! Kau jalan guna apa hah?? Ada mata kau letak dekat mana?” garau suara lelaki memekik kepadanya.. Hati Ainaa menjadi semakin panas…. Sekejapan dia sudah berdiri tepat dihadapan lelaki itu dengan pandangan mautnya…. Hatinya amat sakit dengan tengkingan lelaki itu….

‘Cantiknya’ detik hati Firdaus.

“Weyh budak! Kau dah langgar orang.. Kau tak reti nak minta maaf ke..? Lepas tu kau nak salahkan aku.. Nak memaki aku apahal?! Aku dah lah lambat… Sekarang aku makin lambat sebabkan kau… Kau ingat apa? Masa tu emas lah weyh…” keras suara Ainaa menyebabkan Firdaus tersedar dari lamunannya…

‘Muka lawa.. Mulut macam mak nenek’ cetus hati Firdaus… “Amboi sedap lah kau.. Kau yang dah langgar aku.. Yang satu lagi, asal mulut kau ea?? Tak reti diam ea? Yang kau jalan sambil membebel apa pasal? Dulu mak kau lahirkan kau dekat reban ayam ke hah perempuan?”dus dus dus.. Tembakan Firdaus mengenai hati Ainaa… ‘Wah! Semakin panas hati aku ni’

“Hello brader! Lu yang langgar wa.. Lu nak hina-hina wa pulak…. Mulut lu tak ada lesen ke hah? Suka-suka hati nak kutuk-kutuk orang… Dari wa melayan lu, baik wa gerak sekarang lah… Buang masa lah weyh layan orang yang tak ada budi bahasa macam lu. Chaw!” segaja Ainaa langgarkan bahunya dengan kuat dekat Firdaus.. Hampir jatuh dibuatnya…

“Cis! Kau belum kenal aku siapa lah. Ini Muhammad Firdaus Bin Tan Sri Fathul lah! Siap kau mak nenek!”

‘Ingat aku kisah kau anak orang kaya sekali pun… uweekkk !!’ jeliran lidah dihadiahkan kepada Firdaus..


“Woi Ainaa..! Asal kau lambat hah? Kan dah janji pukul 10.. kau tengok jam sekarang dah pukul berapa..” Ainaa memandang sekilas jam tangannya.. ‘Ekelah.. Baru 10.15. Bukan lambat sangat pun.’ Nabila atau nama manja panggilannya Bella memang seorang yang sangat tidak suka lambat.. Kalau lambat walaupun satu minit, dia akan membebel… Orang yang rapat dengannya hanya akan menadahkan telinga dengan serela-relanya bila dia mula membebel…

“Weyh! Aku tanya kan? Asal kau ni? Serabut je aku tengok.” Risau pulak Bella takut pape jadi dekat Ainaa.. Masam gile muka dia. “Woi!” bahu Ainaa ditolaknya.. “Kau kenapa doe?” Ainaa yang masih panas hati pun membuka cerita… “Kau tahu tak….” Belum sempat Ainaa meneruskan ceritanya Bella menyambung.. “Tak.. Sebab kau tak cerita! Hahahaha” Ainaa memandang Bella dengan perasaan yang sangat marah.. “Kau ni aku punya panas hati tak habis lagi.. Kau jangan nak tambahkan ea!” Bella menekup mulutnya… Marah sungguh Ainaa…

“Okay-okay-okay… Cer cerita kenapa?”

“Kau tahu tadi tak mamat mana tah gi langgar aku.. Aku tengah sibuk membebel sana sini, tetiba dia langgar aku… Dah tu bukan nak minta maaf.. Dia hina aku lagi… Dia kata aku ni mak nenek… Suka hati dia je weyh!” Bella gelak besar….. Dia faham sangat lah kalau Ainaa membebel memang tak ingat dunia… Dia pun ada kurangnya… Masing-masing tak sedar diri….

“Kau kenal ke orang tu?” tanya Bella.. “Entah.. Anak Tan Sri Fathul… Tah apa tah nama dia… Malas aku nak ingat.. Buat sakit hati je buat apa…”Tangan Ainaa dikepal-kepalkan… Glup!! Bella menelan air liur…

“Firdaus anak Tan Sri Fathul ke Ainaa??”

“Aah… Mana kau tahu?” Ainaa mengarukan kepalanya…

“Weyh! Biar betul kau… Bapak dia tu ada pegang syer besar doe dekat kolej kita ni.. Silap hari bulan hidup kau boleh haru biru weyh dibuatnya..” Bella menunjukkan riak muka yang sangat kelakar sehingga Ainaa tidak tahan melihatnya… “Hahahahaha… Anak Tan Sri je pun.. Bukan anak Perdana Menteri ke.. Yang di-Pertuan Agong ke… Dah lah tak ada budi bahasa.. Hormat lagi lah… Asal? Dia nak buang aku dari kolej ni? Hei! Kolej ni ada undang-undang lah.. Lagi pun mak aku bayar kowt nak masukkan aku dekat kolej ni.. Apa hak dia nak buat hidup aku haru biru…?” Ainaa rasa tidak adil… Dia masuk ke dalam kolej itu dengan cara yang betul… Dia tak ada hak untuk buang atau mengenakan apa-apa tindakan dekat Ainaa.. “Bukan aku yang buat salah pun.. Salah dia.. Sape suruh dia langgar-langgar orang.. Ingat ni kereta langgar ke nak suka-suka langgar orang…”Ainaa masih berkeras…

“Suka hati kau lah Ainaa.. Aku dah nasihat kan kau… Kalau boleh jangan lah cari nahas lagi dengan dia… okay.. Dah lah.. Jom settle kan meeting kita dulu.. Then kita pergi lunch kat café….” Mereka pun meneruskan perbincangan…

‘Muhammad Firdaus Bin Tan Sri Fathul’ nama itu meniti dihati Ainaa dengan perasaan yang membara..



Keesokkan harinya

“Ainaa.. Sir Arryan nak jumpa awak dekat bilik kaunserling sekarang…” Amir, rakan sekelas Ainaa menyampaikan pesanan.. “Kenapa Sir nak jumpa aku pulak ni..?” tanya Ainaa.. Tangannya pantas mengaru kepalanya yang tidak gatal… Sudah menjadi tabiatnya… “Entah.. Mana aku tahu… Kau pergi lah tanya…”Ringkas jawapan Amir.. Pantas langkah Ainaa dipanjangkan ke aras satu blok Cendiakawan…

Ainaa berdiri tegak di depan pintu bilik Sir Arryan.. Nafasnya dihelakan…

Tuk tuk tuk………..

“Masuk!”

Ainaa dengan sopannya membuka pintu bilik… Salam pun diberi… Sir Arryan mempersilakan Ainaa duduk…

“Sir.. Ada apa-apa yang boleh saya bantu ke?” Ainaa sudah bertanya-tanya… Sir Arryan mengemaskan rambutnya…. “Ainaa…. Saya ada terima aduan.. Awak ada buat masalah… Awak ada langgar seorang pelajar baru dan awak memakinya dikhalayak ramai.. Betul ke Ainaa??

Sapppp!! Hatinya jadi sakit…

“Saya tak ada buat macam tu pun Sir… Kenapa saya nak kena buat macam tu pulak… Sir bukan tak kenal saya… Semut pun saya tak sanggup nak pijak.” Tiba-tiba hati Ainaa menjadi sayu… Dia pun ada hati dan perasaan… Hatinya terasa pilu bila dituduh sedemikian… Sir Arryan menarik nafas panjang… Dia kenal persis dengan Ainaa… Dia pun tidak tahu cerita sebenarnya.. Tapi kalau melibatkan anak Tan Sri dia tahu ada yang tidak kena.. Tapi aduan telah dibuat, maka hukuman akan dilaksanakan…

“Saya tahu itu Ainaa.. Tapi aduan dah pun dibuat.. Dan saya tak tahu kenapa perkara ini sudah sampai ke pihak atasan.. Padahal saya tahu ini perkara bukan serious pun… Sampai Tan Sri pun masuk campur…” Dengar sahaja nama Tan Sri, Ainaa tahu ini mesti kerja Firdaus… Bedebah kau Firdaus..!

“Sir… Saya betul-betul tak buat…. Ini kerja Firdaus! Dia yang rancangkan semua ini…” Ainaa mula sebak… Sir Arryan berasa kesian melihat riaksi Ainaa yang sebegitu rupa… “Tapi Ainaa… Ada saksi yang menyaksikan kejadian itu… Dan Firdaus minta supaya hukuman dijalankan…. Awak terpaksa ikut Ainaa.. Saya pun tak ada kuasa sebab ini pun adalah atas arahan Tan Sri jugak…” jawab Sir Arryan…

Ainaa terima hukumannya….

“Hukuman untuk Ainaa ialah meminta maaf secara melutut dikhalayak ramai…” Ainaa terpana… ‘Biar betul!’ Ainaa.. Mari ikut saya.. Kita pergi ke pentas sekarang… Ainaa hanya menurut….

Mata Ainaa melihat ramai orang berada di pentas… Dan matanya tertancap kepada senyuman yang amat meragut hatinya.. perasaan marahnya membuak-buak… Firdaus senyum mengejek… ‘Padan muka kau mak nenek…’ ketawa hati Firdaus…

Saat Ainaa melutut dan meminta maaf kepada Firdaus, Air mata Ainaa jatuh.. Firdaus terpana… Dia tidak menyangka Ainaa akan menangis.. Dia andaikan Ainaa adalah seorang perempuan yang kuat dah pantang dicabar… Rasa bersalah mencengkam hatinya…

‘Ya Allah! Apa aku dah buat! Ainaa maafkan aku..’

Warna kehidupan


“AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA”

“Hahahahaha…” Ya Allah berdegup jantung Hajar… ‘Ini tidak bukan mesti kerja Ena… Budak ni tak ada kerja lain ke nak buat? Suka sangat kacau aku…’ gerutu hati Haja. Ena sudah memeluk Hajar dari belakang…. Entah apa tah minah ni nak…

“Haja! Tak sangka gile kita satu dorm lagi. Happy gile gile dah ni…” Ena terlonjat-lonjat… Gembira hatinya bukan kepalang lagi… Dia sangat gembira dapat duduk satu dorm dengan kawan-kawan baiknya…. Walaupun bukan semua duduk didalam dorm yang sama, dia tetap bersyukur kerana yang paling dia rapat 2 tahun berturut-turut duduk satu dorm dengan dia…

Bukkk!! Badan Ena ditumbuk dari belakang… Hah!! Dia dah terbau-bau api cemburu dari seseorang… Segaja dia terus memeluk Haja… Hatinya ketawa kuat… “Ini yang tak adil ni! Dyla tak ada siapa pun nak peluk.. Ena peluk Haja je…” Dyla sudah mencebik… Dyla memang manja sikit orangnya….. “Alo-alo intan payung.. Tak mau lah merajuk.. Meyh sini meyh kita peluk…” Akhirnya mereka bertiga berpelukkan… Opsss!! Bukan lesbian taw… Nanti kita cerita kenapa… J

“Adik… You ada bawak kakak punya barang tak… Why you tak bawak hah… Mum.. Please lah tengok adik.. She’s ruining my life…” suara diluar dorm kedengaran… Dia ni memang macam ni sikit... Budak Bandar kan.... Dyla, Ena dan Haja sedang baring di atas satu katil pun tergelak kecil.. Pantas tangan Dyla mencapai satu bantal dan menutup muka mereka bertiga… Tidak sampai pun 1 minit, katil mereka digegarkan dengan lompatan yang cukup cantik dari Niq… Senak perut Ena menahan badan Niq yang walaupun ringan tapi mampu memberikan satu impak yang besar bagi Ena.. “Oi Niq! Gile ke?! Sakit lah weyh!” tak sempat Ena menghabiskan amarahnya, satu lagi lompatan yang hampir mematahkan katil haja berlaku…. Kini Haja sudah berada dibawah katil…

“Nana, Lala, Jaja, Niniq!” suara serak basah Syai kedengaran… Lantas dipeluknya keempat-empat susuk tubuh yang berada diatas katil… Ouh! Dan juga dibawah katil… J “Rindunya dekat korang…. Lama tak jumpa.. Rindu nak gossip-gosip.. Rindu nak mandi sesama.. Rindu nak tidur sesama..” Air mata Syai sudah berlinangan…. “Ala Syai jangan lah nangis… Kan kita dah jumpa ni.. Bukan kita dah nak berpisah pun… Kita ada banyak masa nak buat semua tu.. Dah dah… Dah jadi senior pun nak nangis lagi.. Macam mana nak jaga adik-adik nanti…”Haja membebel….

Dyla dan Niq berpandangan… Dyla menyiku badan Niq sambil menunjukkan isyarat mata yang mampu difahami oleh Niq…  “Uuuuu.. Haja dah pandai membebel ea?? Tak padan dengan budak kecik..” Niq mengenakan Hajar… Hajar memang selalu dibuli.. Sebab Hajar seorang yang lemah lembut dan sangat baik… Serta yang paling awal serta yang paling pembersih didalam dorm… “Iye ke?? Wah bagus lah! Kita dah ada peningkatan!” sorak Hajar… Yang lain hanya mampu menepuk dahi.. Hajar terpinga.. “Kenapa? Apa salah kita..?”

“Assalammualaikum!!” kedengaran suara di pintu depan dorm… Lisa dan Meen memlemparkan senyuman… Tak sampai beberapa saat, blog cempaka digegarkan dengar keriuhan dari budak-budak Cempaka 3… Lisa berlari hingga tak cukup tanah… Meen sudah tersungkur di katil… dan akhirnya Lisa mengalah… Kain yang dipakainya melambatkan lariannya… Badannya ditindih… “Oi! Sakit lah…! Korang nak bunuh aku ke??” rintih Lisa… “Apa salah aku pun aku tak tahu.. Yang korang ni main kejar-kejar apahal?? Penat kowt nak lari… Beg pun tak bukak lagi…” Serentak dari Ena, Dyla, Hajar “RINDU!!!!” Aiyooo.. Lisa mengelengkan kepala.. Meen pula tak cukup nafas gelak.. Menahan ketawa apabila perut dan badannya di cubit-cubit oleh Syai dah Niq..

Tak lama kemudian mereka pun mengemas barang-barang yang dibawa ke dalam loker…. Kedengar suara Jasmin member salam… Niq pun bergegas ke Jasmin… “Jas! Kau dorm ni ke??” “Aah…” Jasmin menjawab… Dengar sahaja pengakuan Jasmin, kini giliran dia pula yang ditindih, disepak, dipeluk dan segala di lah… Ini lah mereka… Semangat persahabatan yang memang ganas… Seorang lagi mangsa keadaan.. Ieka… Cempaka 3 riuh lagi… Habis barang-barang yang dibawa oleh Ieka.. Katil yang tersusun rapi kini sudah keluar dari posisinya… Dalam ramai-ramai Ieka lah yang paling teruk kena pukul, cubit semua… Tapi mereka tak ada lah marah kerna itu lah yang mereka sering lakukan bersama…

Ketukan kuat dipintu bilik menyebabkan semua orang terpana… Di alihkan pandangan mata ke arah susuk tubuh yang tegap di pintu bilik Cempaka 3.. “Korang jangan terfikir langsung nak buat macam tu kat aku ea… Aku sekeh sorang-sorang nanti… Aku ada bawak banyak makanan nie.. Aku tak nak bagi kan korang” Kim atau nama sebenarnya Siti Eliyana Sakinah sudah tahu apa yang akan terjadi memberikan amaran awal… “Ahhh! Kau ingat kita orang peduli…” Jasmin sudah mengecilkan mata… “Serang!!!!!!”

“AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA”

P/S:Setiap kenangan yang terukir tak mungkin dapat kita ulangi… Ini mungkin bukan cerita sebenar.. Tapi saya gambarkan begini lah kehidupan kami sebagai sahabat dahulu… Saya amat merindui mereka..



















Saturday, 17 August 2013

Kebahagiaan

ADAKAH KEBAHAGIAAN SETELAH KESALAHAN BESAR YANG AKU LAKUKAN.... ??

Wednesday, 14 August 2013

Panas Panas Panas



ASSALAMMUALAIKUM!!

      Sejak kebelakangan ini berita asyik kuarkan berita pasal orang menghina ISLAM!!
Aku nak Tanya lah kat korang... Bila korang dengar pasal berita berita tu apa yang korang buat??
 
Ada yang tak fikir pun .. Ada yang buat tak tahu... Ada yang mencaci... Ada yang menghina... Ada yang tak ambil kisah langsung.. Lantak lah apa nak jadi...
 
Ini masalah yang paling besar der... Jap Jap! aku nak bagi tahu... nama kaum tak boleh ditukar weyh.. tapi nama agama boleh ditukar... contohnya lah kan... Cina Muslim... India Muslim.... Melayu kristian... If convert dari cina kristian too cina muslim apa yang ditukar?? Agama weyh!!
 
Korang nak ke MUSLIM ISLAM itu hilang.... Subhanallah..... Sekarang dah macam-macam dah ada... Syiah lah.. Ajaran sesat lah.... Kalau iman penuh didada weyh... Orang cerita macam menyimpang sikit korang boleh perasan lah.. Aku pun tak lah pandai sangat dalam agama... Dosa-dosa tetap ada.... Tapi kalau nak ikut orang cakap benda pepelik nie.. memang tak lah... Kita pun boleh fikir kan....
 
Tak rasa pelik ke.. Bila kita dapat tahu benda baru yang salah dari apa yang kita tahu dulu.... Tips lah.. Kita selidik dulu... Apa guna makcik youtube.. pakcik google kalau tak nak selidik dulu..... Beb! ini masalah besar.....
 
Ini hah.. Orang yang dok menembak orang sana sini.... Kalau hang orang islam... Baik hang pi tembak orang yang dok menghina Islam.... Dari hang tembak tah mana-mana orang tah... *kata makcik yang lepak dekat rumah hari tu*
 
Sorry lah kalau aku cakap kasar.... Ini hal serious weyh... Jangan ingat nanti kalau kita tak ambil kisah dekat akhirat tak ditanya.....
 
Aku kongsi lah satu cerita dari ceramah yang aku dengar....
 
Bila seseorang tu tahu mengenai ISLAM.. contohnya maksud syahadah.... Kau tahu sorang-sorang je.... Jiran kau tak tanya... Dia buat salah... Nanti Allah tanya kenapa kau buat salah itu ini... Dia kata tak ada orang bagi tahu dekat dia.... Allah panggil semua Nabi termasuk Rasulullah SAW... Nabi-nabi dan para rasul akan menjawab mereka dah bagi tahu dah... Lepas tu dipanggil orang yang hidup sama dengan tahun dari dia lahir sampai dia mati.... Allah tanya lagi... And bila orang-orang tu tergagap-gagap nak jawab maka dengan orang-orang tu masuk ke neraka... Ini lah orang kita tahu kat Akhirat nanti orang akan sibuk salah kan orang lain... And akan tarik satu sama lain ke neraka.... Itu lah pentingnya DAKWAH!
 
Okay... Insyaallah sama-sama kita perbaiki semuanya....
Ingat janji Allah.. ISLAM pasti menang... Tapi tanya diri sendiri.. Adakah kita kekal ISLAM pada masa ISLAM itu naik dengan gemilangnya untuk kali kedua dan akhirnya KIAMAT... Allahu Akbar!!

Monday, 12 August 2013

The conjuring and The smurfs

 
    
Hi! It’s me again….
 
Of course lah… This is my blog…. J So this entry I want to share with you guys about two movie that I’ve seen..
The Conjuring…
 
 
 
This movie is based on the real/true story… It quite bored but it’s really scary… Why not you have a nap and try this movie…. Oh! This movie also contain a funny moment… I’m sure that you guys will have a great watching…
 
The Smurf 2
This cute movie is about a bad witch want to control the world by using a magic from THE SMURFS… Funny movie…. GET READY TO GET NAUGHTY!!


Cerita raya!!



     Hai Hai Hai!! Alhamdulillah... Hari nie dah 6 hari dah kita beraya... Entry puasa pun tak buat lagi... Malas nak story... Haha... Nanti lah ena cerita okay...

      Entry hari nie nak story pasal raya.....

Okay.... Alhamdulillah.... Dah selesai puasa kita beraya.... Raya tahun nie quite simple... Maybe dah besarkan... So, rasa excited nak raya tu macam kureng sikit... :)

     But the best one is raya dekat kampong Perak.....
Selalunya abah tak dapat cuti..... jadi kita orang akan balik Kampung idaman je.... Raya dengan family mama... Tak pun kita orang akan balik Perak... Tapi abah tak ada... So raya raya tak semeriah sangat..... Tahun nie abah ada beraya sekali.... :)

     Raya kat Perak or raya dekat Kampung Idaman sama je seronok rasanya..... Kat kampong Perak ada 7 family... Jadi macam happening giler!! Kat Kampung Idaman pulak raya satu Malaysia... Ada cina ada india ada melayu... Best!!

     Walaupun semangat raya dah semakin berkurangan... Rasa tu masih ada... Rindu bila excited nak beraya.. Berjalan sana sini... But ena bukan jenis yang beraya kat rumah orang... Ena pergi rumah kawan je.. Sejak kecik lagi... Memang malu sikit nak ketuk raya rumah orang yang tak kenal.... :)

     So, sekarang ada dekat rumah.. Tengah menunggu kawan-kawan kata nak datang beraya....

     Makanan raya??? Haaa... paling suka ditanya soalan bila raya tiba nie.... MESTI ramai yang kata rendang, ketupat, lemang.... tapi ena tak minat nak makan makanan tu... Nak tahu apa yang ena cari??? Nasi!! haha.... Or laksa.. Jadi la... Dari raya pertama sampai sekarang ena tak makan lagi nasi impit dengan rendang... Lemang lagi lah.. dah bertahun-tahun.. Ena tak suka lemang... :D

     Oh!! Yang lagi seronok beraya dekat Perak ialah dapat rasa makanan yang tak pernah rasa.... !! HAAAAAAA!!! apa tu??? Tak ada lah pelik sangat... Just hari tu dapat makan kari rusa.... Tahun lepas lepas dapat makan rendang kambing biri-biri.... Macam-macam lagi lah.... Rasa rusa dengan daging lain sama je.... :)

     Raya kedua ena raya dengan pipah and ain dekat rumah pipah dekat pulau indah... Best jumpa kawan lama... :D
      So,nanti  ena selitkan beberapa gambar raya..... :)

 

Tuesday, 6 August 2013

Lumrah

Setiap seorang akan mendapat kesedaran dalam hidupnya..

Berbeza umur.. Tempat.. Masa.... Tahap....

Dimana kita mula sedar hidup ini kejam...

Dimana kita sedar kawan-kawan yang dulu kita agungkan... Yang kita rapat... Yang kita perlukan sebenarnya adalah orang yang bakal menjadi musuh kita... Yang bakal menikam kita.... Yang bakal melupakan kita...

Dimana kita sedar siapa yang tulus ikhlas mencintai kita..... Yang menjaga kita...

Dimana kita perlu berhati-hati..

Dimana kita tidak seharusnya menjadi murah dengan dunia sementara....

Macam mana nak tahu? Nak rasa?

2 jenis manusia...

1: SEDAR DAH AMIK IKTIBAR
saat dimana bila jahilnya kita.... kita hilangkan tension dengan perkara yang tak berfaedah... tetapi bila seseorang itu sedar, kemungkinan Allah dan keluarga adalah yang pertama dicarinya untuk hilangkan rasa pedih dah sakit itu..

2: TAK SEDAR SEDAR
saat dirasakan dunia ini kejam! Dan dia seharusnya kejam dengan dunia ini....

SAHABAT...
Ingatnya..... segalanya ada di diri kita... Adalah pinjaman Allah semata-mata.....
Jika kita meminjam barang dari orang lain.. Adakah kita akan memulangkan barang itu tanpa elok seperti yang kita ambilnya dulu... Semestinya kita akan pulangkan sempurna..

Untuk sedaraku diluar sana....

Jangan terlalu murah untuk menjual diri di laman sosial..
"fake relay satu!"
"saya single ! sape nak jadi teman saya?!"

Bila ditegur mula lah berangin... Tak senang duduk.... Cakap orang judge awak... Tapi hakikatnya?awak yang buat orang berbicara mengenai awak...

Sedaraku,
Lelaki yang baik takkan cari perempuan yang menjual dirinya di laman sosial... apatah lagi jika ada friends 2+++...maknanya menjual diri kepada 2+++ orang...
Sedar! Jika fake yang diminta... pasti FAKE yang diperoleh... Jika ada yang sudi.. maknanya dia bukan yang baik..

#Sekadar nukilah untuk peringatan diri sendiri...

p/s: terima kasih untuk sygku kerna tak berhenti nasihatkan diri aku ini...

Thursday, 1 August 2013

Apa itu SYIAH?!

 
 
Dari hari ke hari semakin lama semakin selalu telingga kita disapa dengan gerakan SYIAH di Negara kita.... Ya Allah... Bagi mereka yang imannya tidak kuat pasti akan senang terpedaya dengan fahaman syiah ini....
 
Pesanan saya kepada semua... Kita semua sudah tahu fahaman kita pada Al-Quran dan Hadis.. Tapi bila seseorang yang datang kepada kita dah war war kan yang Al-quran itu palsu... Hadis itu tipu... Tapi dia mengaku dia ISLAM.. apa maknanya....
 
Wahai saudara-saudara ku diluar sana.... Aku pun bukan sempurna... Tapi aku tahu fahaman dan pegangan kita hanya kepada Allah, Rasul, Al-quran dan Hadis.. Jangan lah kita terpedaya dengan perkara-perkara yang mampu memesongkan akidah kita... Insyaallah...
 

Saya nak share berkenaan dengan syiah yang saya jumpa di facebook... Minta di share ye fillah... Untuk kebaikan bersama.... Insyaallah..
Apa itu Syiah ?
Syiah itu salah satu pegangan akidah yang di asaskan oleh Abdullah Bin Sabak .
Akidah yang bertentangan dengan Sunni .
Syiah itu bermaksud penolong/pembantu .

Siapa Abdullah Bin Sabak ni ?
Dia adalah seorang Yahudi .
Dia berasal dari Yaman .
Dia datang ke Madinah semata untuk mendapatkan jawatan , kepentingan politik .
Time tu zaman pemerintahan Saidina Uthman Bin Affan ,
Saidina Uthman tak layan dia .
Dia jadi marah lalu dia sebarkan fahaman kepada masyarakat Madinah bahawa ,
"Yang sepatutnya jadi khalifah ialah Saidina Ali bukan nya Saidina Umar , Saidina Uthman ataupun Saidina Abu Bakar.."
Dan masyarakat percaya benda ni .
Dari situ lah bermulanya fahaman Syiah .

Alhamdulillah kita berpegang pada Ahlu Sunnah Wal Jamaah/Sunni .
Syiah dengan Sunni ini sangat-sangat berbeza .
Syiah dengan Sunni ni bukan masalah khilaf furu'q (perkara-perkara kecil ) ,
Tetapi , Syiah ni benar-benar terpesong akidahnya dari ASWJ .

SEBAB ?
Antaranya ialah ,
SYIAH MENDAKWA ,

-Ketika Nabi Muhammad SAW wafat , seluruh sahabat nabi murtad , kecuali beberapa orang sahaja iaitu , Salman Al Farisi , Al Miqdad Bin Al Aswad , Amar Bin Yasser dan Suhaib Ar Rumi ( ada juga yang kata Bilal bin Rabah ) .

--Syiah mengkafirkan sahabat Nabi Muhammad SAW dengan berkata kepada Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar , "Dua patung berhala Quraisy.." .

--Mereka tak percaya Quran yang kita guna sekarang ni . Mereka menganggap Quran sebenar telah hilang , Quran yang di tulis Saidatina Fatimah r.ha .

--Semasa Nabi wafat , Saidatina Fatimah ni sedih , sedih sangat , dia menangis sampai 75 hari , time dia tengah sedih tu , Jibril turun menggembirakan nya , Saidina Ali pun hairan dengan siapa Fatimah bersembang, lalu Fatimah beritahu Ali, dan Ali berkata kalau Jibril datang lagi beritahunya . Jibril datang semula , Fatimah pun beritahu Ali , dan ketika itulah Saidina Ali menulis apa yang Jibril kata . Dan Syiah menganggap itu Quran mereka .

--Mereka mendakwa ada ayat-ayat al-Quran yang dibuang oleh Saidina Abu Bakar ketika mana Saidina Abu Bakar ni mengumpulkan kembali ayat-ayat al-Quran , antaranya ialah , surah al-Baqarah ayat 23 , surah Toha ayat 115 , surah al-Ahzab ayat 70 , surah al-Balad , mereka menokok tambah dalam ayat sebenar dan menambah satu lagi surah iaitu surah wilayah .

--Mereka juga ada imam . Iaitu Imam 12 . Imam yang ke-12 ini dipercayai telah ghaib pada 226 hijrah di sebuah terowong di Iraq/Iran . Setiap petang Jumaat mereka akan pergi ke terowong itu dan berkata , “Wahai Imam , keluarlah Iman , keluarlah..” . Sampai sekarang Imam itu tak keluar lagi . Dan akan keluar suatu hari nanti .

--Ulama terbesar syiah iaitu Al Khomeini berkata , “Sahabat nabi hanya mementingkan dunia , rebut jawatan , mereka tak pentingkan Quran dan agama , mereka jadikan Quran sebagai alat untuk niat mereka yang kotor , merampas jawatan khilafah..” .

--Mereka menghalalkan darah umat Islam . Bagi mereka , lagi banyak mereka membunuh umat Islam , lagi banyak darah yang mengalir , lagi cepat Imam mereka itu akan keluar dari terowong .

--Rukun iman mereka ada lebih dari enam . Mereka percaya pada Imam . Imam mereka boleh menghalalkan dan mengharamkan sesuatu perkara .Imam mereka maksum. Imam mereka mempunyai ilmu di mana mampu mengetahui benda yang dah berlaku dan akan berlaku . Imam mereka juga menguasai dunia dan akhirat . Imam mereka mampu beri apa sahaja yang mereka mahu .

Macam mana nak kenal syiah...

ada yang kata time mereka solat mereka akan letakkan batu... kalau solat tak kena batu tu maka solat tak sah...

And lepas bagi salam kena tepuk dahi 3 kali.. sebab apa pun tak tahu lah....

*rasa kelakar pulak lepas solat kena tepuk dahi... tersalah solat kowt ea?? haha..*

Share kalau boleh supaya semua orang tahu...