BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, 15 June 2013

SAKURA


Suasana yang piruk-piruk. Semua yang berada disitu sedang sibuk mencucuk-cucuk langit. Amy bergitu rancak menari. Ada tangan-tangan yang meraba-raba disekitar tubuhnya. Tiba-tiba…………..

“Amy!”

Pang!!

Belum sempat Amy melihat kearah orang yang memanggilnya, matanya sudah kabur-kabur. Pening dengan mabuknya ditambah pula dengan tamparan yang sangat menyakitkan. ‘Ayah!’ Amy tersentap. ‘Habislah aku’

“Apa nak jadi dengan kau ni? Kau kata kau nak tidur rumah kawan. Tapi apa semua ni? Mari ikut ayah balik. Dasar anak tak tahu malu!” Ikhwan menarik tangan anaknya. Nak tak nak Amy terpaksa mengikuti langkah ayahnya.  Ibunya sedang menunggu di luar. Hati Puan Aishah sangat sakit.

“Ya Allah. Apa nak jadi dengan anak aku.”menangis Puan Aishah disitu. Hatinya berasa bertambah sebak apabila melihat keadaan anaknya yang sedang ditarik keluar dari kelab malam. ‘Allah’hatinya bertambah sayu.

“Kau masuk sekarang!”keras suara ayahnya. Amy yang masih kepeningan itu pun menurut segala perintah. ‘Benda dah nak jadi nak buat macam mana.’hatinya berkata-kata.

Laju kereta proton saga menuju ke Jalan Lorong Azmi. Hati Ikhwan sangat sakit. Hancur luluh hatinya melihat perangai anaknya. Sungguh tidak disangkakan. Apa lagi salahnya dalam mendidik anaknya. Amy adalah satu satunya anak yang dapat isterinya kandungkan sebelum rahim isterinya terpaksa dibuang kerana menghadapi masalah jangkitan kuman.

Kereta proton saga itu pun memasuki perkarangan rumah kayu. Ikhwan menghentikan keretanya. Amy tanpa menunggu lama terus keluar dari kereta itu. Niatnya untuk terus masuk kedalam bilik terhenti apabila terdengar namanya dipanggil.

“Amy! Duduk sini dulu. Ayah ada benda nak cakap dengan kau. Kau jangan nak melawan cakap ayah ye!”lantang suara Ikhwan. Amy pun bergerak ke arah sofa. Dengan perlahan dia duduk di atas sofa. Bertentangan dengan ayahnya.

“Apa nak jadi dengan kau ni? Cuba kau cakap dekat ayah, apa lagi yang tak cukup? Apa kau nak semua ayah bagi. Tapi ini yang kau balas dekat ayah.”air mata Ikhwan mulai berlinang. Puan Aishah yang duduk bersimpuh dibawah mulai teresak-esak. Mulutnya terkunci.

“Tak. Cukup je semua. Ayah ni tolong lah. Amy dah besar lah. Tahu lah Amy nak jaga diri Amy. Ayah tak payah sibuk boleh tak?!”tengking Amy. Dia tak tahu bertapa besarnya dosa anak derhaka.

“Ya Allah Amy. Ibu dengan ayah tak ajar kau benda-benda macam ni. Kenapa kau jadi macam ni nak.”

“Alah! Ibu tak payah nak tunjuk baik sangat lah. Ibu dulu pun bukan baik sangat pun. Amy ni pun bukan anak halal. Anak haram kan? Semua ibu dengan ayah dulu lah.”

Pang!! Sekali lagi pipi Amy menjadi mangsa.

“Anak kurang ajar!”

“Aku benci kau! Aku benci. Disebabkan kau dua orang aku dihina sana sini. Kenapa kau tak bunuh je aku dulu! Tengok! Kau suka kan hidup aku jadi macam ni.!”Amy terus berlalu ke bilik.

Air mata Puan Aishah tidak berhenti-henti mengalir.

“Aishah! Ikhwan! Apa kau berdua buat ni! Astagfirullah!”Aishah yang berada di dakapan Ikhwan tanpa seurat benang menggigil ketakutan. Ayah dan ibu Aishah mulai memukul-mukul Aishah dan Ikhwan. Habis badan mereka berbirat-birat. Setelah penat, akhirnya mereka berhenti. “Aku tak pernah ajar anak-anak aku berzina macam ni! Kau ni memang anak tak sedar di untung. Sekarang kau Aishah! Keluar dari rumah ni. Mulai hari ini kau bukan anak aku. Aku tak ada anak yang dah menconteng arang kat muka aku. Aku malu ada anak macam kau. Berambus kau!”Aishah sudah tidak mampu menahan kemarahannya.

“Kau Ikhwan! Kau lelaki tak bertanggungjawab. Sekarang aku tak nak tengok muka korang dekat sini. Blah dari sini! Aku menyampah tengok muka kau.”baju Aishah sudah dilemparkan keluar.

0 comments: