BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, 17 June 2013

NATASHA


“Natasha. Saya nak putuskan pertunangan kita.”

Perlahan-lahan kepala Natasha menunduk. Ruang matanya berlegar-legar barang-barang dan persiapan yang telah dibuat untuk hari istimewanya. Ya! Hari istimewanya. Hari dimana dia kan bergelar isteri. Isteri kepada Muhammad Naufal. “Tapi kenapa? Apa salah saya dekat awak. Kita bahagia je sebelum ni.”

Air mata Natasha mulai mengalir. Sakitnya hatinya bagai dikelar-kelar. Tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba pokok tumbang. “Awak kenapa? Kalau ada masalah kita bincang lah. jangan lah macam ni. Tiba-tiba je. Saya sayang dekat awak. Kita lagi seminggu je nak kahwin. Awak jangan lah macam ni. Awak ada masalah ke? Kita bincang okay?” rayu Natasha.

“Saya dah jumpa orang lagi baik dari awak.”lancar sepotong ayat keluar dari mulut Naufal. Memang dia sudah berjumpa dengan orang yang lagi baik dari Natasha. Amira memang perempuan yang baik. Sopan santun dan baik budi pekertinya. Berbeza dengan Natasha yang sporting dan agak gila-gila orangnya.

“Sebab tu je awak nak tinggalkan saya? Apa yang kita bina selama ni awak nak musnahkan macam ni je?”tangan Natasha mulai mengigil. Sakit dirasakan semakin pedih. “Lantak lah awak nak cakap apa. Saya tetap nak putuskan pertunangan ni!”

Naufal berlalu pergi. Tinggallah Natasha keseorangan yang menangis keseduan. “Ya Allah. Kenapa jadi macam ni. Aku tak mampu Ya Allah.”

2 tahun kemudian.

“Assalammualaikum, Cik Natasha. Ni ada surat dari company china untuk Cik Natasha.”hormat Adila menyerahkan amanah kepada Natasha. “Terima kasih.”

“Kalau tak ada apa-apa lagi saya nak minta diri untuk keluar  Cik Natasha.”

“Oh. Haaa. Okay. Keluarlah. Terima kasih ye Adila.”Natasha mengerling jamnya. ‘Hampir waktu rehat!’

Kring kring kring kring!

Pantas Natasha capai telefonnya, Kedengaran suara kekasih hatinya.

“Assalammualaikum. Cik Natasha. Saya Ikram ini mengajak awak pergi makan tengahari. Itu pun kalau Cik Natasha setuju. Iye lah saya tahu siapa saya. Hanya seorang office boy.” Tergelak Natasha mendengar kata-kata Ikram. Ikram memang sangat merendah diri. Walaupun perhubungan mereka tidak disukai ramai, tapi mereka tidak kisah. Biasalah orang ramai bercerita buruk mengenai seorang wanita yang bekerjaya bercinta dengan seorang office boy. ‘Salah ke?’

“Awak ni Ikram. Saya dah cakap kan? Jangan cakap macam tu. Merajuk karang baru tahu.” Natasha sedang bersiap-siap untuk keluar makan bersama Ikram. “Ala sayang. Saya gurau je. Takkan itu pun tak boleh.”

“Eh eh eh. Awak pulak yang merajuk ni kenapa?”Natasha mengenakan Ikram.

“Eh! Mana ada merajuk. Saya okay je lah. Awak jom lah. Cepat. Saya dah lapar dah ni.”memang benar kata Ikram. Perutnya dari tadi berbunyi merdu minta diisi. Salahnya juga kerna terlupa untuk mengambil sarapan pagi tadi.

“Okay sayang. Jom makan!”

“Tasha. Minggu ni family saya nak datang rumah awak.”Natasha terpana. Tangannya yang tadi laju menyuap makanan terhenti. “Family awak nak datang rumah saya? Nak buat apa?” Natasha mulai mengaru-garu kepalanya. Tiba-tiba dia terasa malu.

“Datang rumah awak sebab nak beraya. Iye lah. Sekarangkan bulan raya. Itu lah. Family saya nak datang. Nak beraya rumah awak.”Ikram tahu Natasha sedang kebluur-an. Dia mengambil kesempatan.

“Bulan raya? Iye ke? Bila kita puasa?”Natasha masih tak puas hati. ‘Bila puasa ye? Aku terlupa ke ni? Haisshh banyak sangat makan semut dah ni.’ Gerutu hati Natasha.

“Aahh. Iye bulan raya. Hari tu kan kita puasa. Awak je yang tak puasa. Eiii tak senonoh!”Ikram mencuit hidung Natasha. Terkejut dibuatnya.

“Oi mak kau terjun lombong!”Haa. Kan dah keluar melatah si Natasha. Siapa suruh cuit cuit hidung orang.

“Hahaha. Sayang! Takkan lah nak raya rumah awak. Saya nak datang meminang.”Ikram sudah tidak tahan melihat keadaan kekasih hatinya. Sifatnya yang begini lah yang sempat mencuri hatinya. Natasha begitu berbeza berbanding orang lain.

“Oh nak datang meminang. Tapi nak minang siapa? Adik saya kecik lagi. Baru tingkatan 2.” Ikram menepuk dahi. “Ya Allah. Tak habis lagi Natasha ni!”

Ikram mencapai tangan Natasha.

“Sayang. Datang meminang awak lah. Untuk jadikan isteri saya. Muhammad Ikram.” Mata Ikram bersinar-sinar. Jelas terpancar cahaya keikhlasan dari wajahnya. Natasha berbalas pandangan mata Ikram. Mereka pun tersenyum.

Keluarga Ikram sudah pulang . Majlis merisik dan meminang berjalan dengan lancar.

“Baik kan bang budak Ikram tu.”Azizah mulai memecahkan kesunyian. “Abang pun rasa macam tu. Abang harap tak jadi macam kes Naufal tu.” Teringat Haji Aziz kepada bekas tunang Natasha yang memutuskan mereka seminggu sebelum hari pernikahan mereka. Malunya tidak terkata. Tapi dia tahu mungkin ada hikmah disebalik semua ini. Dia tidak pula bersedih tapi bersyukur kepada Allah. Mungkin Allah SWT ingin menunjukkan yang  Naufal bukan lelaki yang baik untuk anaknya.

Sejak dari hari tu, hubungan Natasha dah Ikram semakin bahagia. Ikram kerap berulang alik dari rumah Natasha. Dari padangan keluarga Natasha, Ikram memang seorang lelaki yang baik. Hubungan kekeluargaan diantara Natasha dan Ikram pun semakin erat.

Pada suatu hari,

“Natasha!”

Natasha yang sibuk memilih barang untuk hari pernikahannya nanti terkejut. Lalu dia berpaling. Barang-barang ada ditangannya terlepas!

“Naufal.”sebaris nama seorang lelaki yang berjaya mencuri hatinya. Yang berjaya memusnahkan angan-angannya dalam sekelip mata. Pantas Natasha berpaling semula dan berjalan laju. Kalau boleh, dia tak mahu berjumpa dengan Naufal. Kalau boleh, dia tidak mahu tahu apa-apa tentang lelaki itu.

Naufal yang melihat Natasha mulai mengatur langkah, mulai risau. Dia segera mengejar Natasha. “Natasha! Tunggu. Saya ada benda nak cakap dengan awak ni. Jangan lah lari!” jerit Naufal.

Natasha tidak mendengar. Langkahnya semakin laju. Tiba-tiba tangannya disentap. Terpaku langkahnya.

“Natasha. Saya nak cakap dengan awak ni. Saya minta maaf sebab putuskan pertunangan kita. Saya dah menyesal. Saya tak sanggup nak kehilangan awak lagi. Maafkan saya.”Air mata Naufal mulai menitis. Menyesalnya kerna mengawini Amira. Rupanya dirinya dijadikan pak sanggup! Amira sudah mengandung 2 minggu sewaktu hari pernikahan mereka.

“Siapa awak? Maaf Encik. Saya tak kenal siapa encik. Tolong lepaskan saya.”Natasha mulai menarik-narik tangannya. Semakin kuati dia menarik, semakin kuat cengkaman tangan Naufal. Naufal tekad. Dia tak akan lepaskan Natasha selagi dia tak dimaafkan.

“Saya Naufal. Kekasih awak. Takkan awak tak kenal saya. Saya tahu awak saja je buat-buat tak kenal saya.”

“Awak nak apa! Lepaslah! Orang tengok lah awak tarik tangan saya.”Natasha melihat sudah ada mata-mata yang memandang mereka berdua. ‘Mana Ikram ni!’ gerutu hati Natasha.

“Saya nak minta maaf dekat awak. Kalau awak tak maafkan saya, saya takkan lepaskan awak.” Nauful sudah berkira-kira untuk melutut. ‘Ah! Sudah!’tepuk dahi Natasha.

“Okay-okay. Saya maafkan awak. Sekarang awak boleh lepaskan saya.” Pantas tangan Natasha dilepaskan. Peluang itu diambil baik oleh Natasha. Ditolaknya badan Naufal dan terus berlari. Naufal yang tak sempat untuk bersedia terpinga-pinga.

Dilihatnya Natasha sudah menghilangkan diri dicelah-celah orang ramai. Hatinya sebak. Dia tahu, sampai bila-bila pun mungkin Natasha takkan memaafkan dirinya. Ikram yang dari tadi menjadi pemerhati mulai bergerak kearah Naufal.

“Assalammualaikum.”Tangan dihulurkan.

Naufal yang dari tadi tak henti-henti menangis  mendongak kearah suara yang memberikan salam itu. “Waalaikumsalam. Awak siapa?”

“Saya Ikram.”

 

Krinnggg kringgg kringgg!

“Hello? Siapa ni?” Natasha yang dari tadi begitu sibuk dengan kerjanya terkejut apabila telefon officenya berbunyi.

“Cik Natasha. Cik Natasha. Ikram pengsan depan pejabat.”kedengaran suara Adila ditalian. Pantas telefon yang berada digengamannya terlepas. ‘Ikram pengsan?’ Hatinya mulai berdengup kencang. Dia pun terus berlari keluar. Dilihat orang ramai bergerumun di tempat Ikram terbaring.

Natasha mulai mengigil. Dilajukan langkahnya kearah tubuh yang terbaring di atas lantai itu. Sampai sahaja disitu, dilihat Ikram mulai dipapah oleh rakan pejabatnya yang lain. Sebak hatinya. Dipegang tangan Ikram. Sejuk! Bertambah laju air mata Natasha.

“Ikram, awak kenapa? Awak kalau tak sihat kenapa tak bagi tahu dekat saya!”Natasha tidak memperdulikan orang sekelilingnya. Hatinya begitu sedih melihat keadaan Ikram yang pucat lesi.

“Sabar Cik Natasha. Kita bawak Ikram ke hospital dulu.”Sopan suara Adila. Ikram pun dibawa ke hospital.

Hampir 3 jam Ikram berada didalam wad kecemasan. Keluaraga Ikram dan Natasha sudah pun sampai dihospital. Saat itu baru Natasha tahu bahawa Ikram mempunyai barah.

“Ya Allah selamatkan lah Ikram Ya Allah. Hanya itu pintaku.”Natasha tak berhenti-henti berdoa kepada Allah SWT.

Pintu wad kecemasan pun terbuka. Lantas, semua ahli keluarga Ikram menerpa kearah doktor yang baru sahaja keluar dari wad itu. Natasha yang dari tadi hanya duduk dan menangis tidak mampu lagi untuk berdiri. Dilihat sahaja doktor itu memberitahu sesuatu kepada ayah Ikram. Dilihat Encik Hamid mengaup mukanya. Hatinya redha. Dia tahu Ikram sudah tiada.

Tidak sedar, tiba-tiba Puan Adibah menepuk bahu Natasha.

“Tasha. Ni, Ikram ada bagi Natasha surat. Baca lah nak.” Sayu suara Puan Adibah. Kehilangan Ikram sangat terasa. Tapi dia tahu, Ikram memang tidak lama didunia ini. Sejak Ikram dilahirkan lagi dia sudah menanamkan rasa redha itu didalam hatinya. Hatinya sangat gembira bila Ikram menyampaikan hasratnya untuk berkhawin. Dilihat mata anaknya itu bersinar-sinar. Belum pernah dilihat anaknya begitu gembira. Tapi dia kuatir. Ikram tidak boleh hidup lama. Jadi hal itu telah dibicarakan dengan keluarga Natasha. Mereka menerima dengan baik. Tapi Ikram ada berpesan supaya jangan diberi tahu kepada Natasha. Dia sendiri akan jujur kepada Natasha. Tapi malangnya, Ikram tidak sempat.

Natasha mengambil surat itu lalu dibacanya.

 

Assalammualaikum.

Sayang. Kalau awak dah dapat surat ni maknanya saya dah tak ada dekat dunia ni lagi taw. Saya tahu awak tahu tu. Saya minta maaf kalau saya dah lukakan hati awak. Mengenali awak adalah saat yang paling terindah dalam hidup saya. Sampai satu saat saya terlupa yang saya tak mungkin dapat hidup lama didunia ni. Maafkan saya kerna saya ego. Saya pentingkan diri. Saya tak fikirkan tentang awak. Saya tahu awak boleh bahagia dengan lelaki lain yang sihat . Tidak seperti saya. Saya belum tentu lagi dapat menjaga awak dengan baik.

Maafkan saya kerna saya jatuh cinta dengan awak. Maafkan saya jika saya tidak dapat menunaikan janji saya untuk menjaga awak. Maafkan saya kerna saya telah membuat awak jatuh cinta dengan saya. Seikhlas hati saya, saya nyatakan yang saya sangat mencintai awak. Cinta awak saya akan bawa ke alam ini.

Sayang.

Hari tu saya lihat kejadian awak dengan Naufal. Dan Alhamdulillah. Saya pun telah mengenali Naufal. Maafkan saya kerna merahsiakan prihal ini. Saya baru tahu apa yang sebenarnya terjadi. Saya mohon kepada awak. Naufal bukan lelaki yang awak sangkakan. Dia adalah lelaki yang baik. Saya tahu dia mampu jaga awak. Terima lah dia kembali. Dia yang paling sesuai untuk awak.

Maafkan saya sayang.. doakan saya sentiasa bahagia disana. Semoga kita berjumpa di jannah Allah..


Salam ikhlas dari hati yang tulus mencintai

Muhammad Ikram


Jatuh air mata Natasha. Deras ! Ya Allah tulus ikhlasnya hati seorang lelaki. Semoga kau ditempatkan disamping orang-orang yang beriman. Tapi maafkan Tasha. Hati ini hatinya dipenuhi cinta suci Muhammad Ikram. Bukan orang lain.

0 comments: