BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, 6 June 2013

Mengemis Kepercayaan Part 2


        Sakit. Setiap perbuatan Nadya kini hanya menyakitkan hatinya. Tak kiralah apa sekali pun. Tetap menyakitkan hati.

“Haissh perempuan nie. Menyampah betul lah.” Dinding menjadi mangsa. Terasa sakit tangannya tapi tidak sesakit hatinya.

“Suruh bla tak nak bla. Menyusahkan betul.”segala perbuatan Nadya dulu berlari-lari di ruang matanya. Hatinya terasa pedih. Sekali lagi, dinding ditumbuknya. Sakit hatinya kepada Nadya semakin memunjak. Kini dia mencari jalan untuk memutuskan hubungan mereka.

Tetapi ada sesuatu rahsia yang terkandung dalam hati Nadya. Dia ingin luahkan. Tapi dia takut, Izzat tak dapat nak menerimanya. Rahsia ini disimpan rapi sebagai kenangan dia bersama Izzat.

Jalan percintaan mereka tidak begitu bahagia. Setiap apa yang Nadya lakukan merupakan satu masalah bagi Izzat. Akhirnya kata putus telah dilafazkan oleh Izzat. Nadya pula sudah tidak mampu untuk menahan segalanya. Tidak berhenti air mata Nadya membayangkan masa depannya yang bakal hitam disebabkan kejadian itu.

Nasi kini bukan makanan harian Nadya. Dia hanya mampu makan makanan yang hanya sedikit kuantitinya. Dalam masa dia ditinggalkan Izzat , rakan-rakannya juga pergi meninggalkan dirinya. Kini dia terasa teramat sakit. Rakan-rakan yang dulunya berjanji untuk bersama jika ada masalah. Susah atau senang kini pergi tanpa khabar berita.

Dalam masa yang sama. Izzat sudah berasa tenang. Hatinya sudah tidak lagi disakitkan dengan perangai Nadya.

“Senang hidup aku tak ada perempuan sial tu dalam hidup aku. Menyakitkan hati.”

Tut tut!

Pantas! Tangannya menyambut handfone yang sudah cantik terletak disebelahnya. Fikirannya tiba-tiba terfikirkan Nadya. Dalam masa dia merindui suara gadis yang pernah mengoncangkan maruah dirinya. Yang sentiasa mencabar dirinya dengan menyakitkan hatinya.

‘Zat. Kau kat mana? Jadi keluar tak nie?’

Rupanya sms dari Azam. Terdetik hatinya. ‘Nadya nie langsung tak contact aku ke? Arrhh lantak lah. Apa aku kisah.’kepala yang tidak gatal digarunya. Nafas dihelakan, lantas dia bangun dan bersiap untuk keluar. Ego! Ya. Ego seorang lelaki yang tinggi. Sakit yang sangat tidak dapat dia tahan lagi. Ego kini memenangi cinta.

     Nadya mengambil masa yang sangat lama lupakan semuanya. Setiap hari dia menangis. Bukan dia tak cuba untuk memujuk Izzat, tapi difikirkan kata-kata hinaan yang bakal diterima, hasrat hatinya ditelan bulat-bulat.

“Ya Allah. Kau ampunkan lah dosa kedua ibu bapa ku. Ahli keluargaku, rakan-rakan ku serta seluruh umat islam yang berada didunia ini. Kau tempatkan lah kedua ibu bapaku dikalangan hambamu yang engkau kasihi. Ya Allah. Aku tahu kau takkan berikan dugaan kepada hambamu jika hambamu tidak mampu. Ya Allah, aku tahu aku mampu. Cuma aku ingin kau bukakan lah hati Muhammad Izzat. Aku amat mencintainya. Aku tahu cinta tak semestinya dimiliki. Hanya pintaku, lembutkan lah hatinya untuk kembali kepadamu Ya Allah. Hanya itu pintaku. Amen Ya Rabbal Alamin.” Menitis air mata keikhlasan dari seorang perempuan. Hanya Allah SWT sahaja yang tahu bertapa ikhlas dan tulusnya air mata keinsafan.

      Nadya nekad akan membawa jauh dirinya dari tempatnya sekarang. Dirinya tidak diperlukan dimana dia berada sekarang. Dipandang sepi beg yang berada di hujung katil.

     “Izzat! Awak pergi mana? Kenapa sekarang baru balik?!” lantang suara ibunya.

Darah izzat mulai m engelegak. “Izzat bukan budak-budak lagi lah. Suka hati lah orang nak keluar pergi mana pun.”

“Tapi awak tu anak ibu. Ibu risaukan awak.” Berlinang air mata seorang ibu. Jatuh setitis.

Izzat tersentap. Lagi-lagi bila melihat ibunya sudah berlalu pergi.

“Ibu! Izzat minta maaf.Ibu!” panggilannya tidak dijawab. Izzat terus-terusan ditimpa rasa serba salah.

“Ya Allah, Izzat apa yang kau dah buat!”bentak Izzat.

Izzat terus berlalu ke biliknya dengan perasaan serba salah. Terus menutup matanya.

‘Panas! Panas! Panas!’ Izzat menjerit kepanasan. Tangannya menolak-nolak api yang cuba membakar dirinya. Tapi apakan daya, api yang sangat panas itu begitu cepat membakar badan-badannya. Tiba-tiba dia terpana. Kesakitan yang teramat sangat tidak menganjakkan matanya dari melihat susuk tubuh seseorang. “Ibu! Tolong Izzat!” jerit Izzat.Tapi Laungannya hanya dipandang sayu oleh ibunya. Ibunya pun menoleh darinya.

‘Balasan anak derhaka!’ bergema suara ditelingga Izzat. Dalam cuba dia bergelut dengan kepanasan api itu, matanya tertancap satu susuk tubuh kecil.

‘Panas!!!!’ jerit Izzat. Susuk tubuh yang dilihatnya tadi datang perlahan-lahan ke arahnya. Lalu tangan dihulurkan. Tersangat payah untuk Izzat menyambutnya. Matanya tidak sanggup melihat tertancap kepada susuk tubuh itu. Tangannya mengigil.

‘Ayah!’

Perlahan-lahan Izzat membuka mata. Dilihat cahaya menembusi biliknya. Terus dia berdiri dan berlari ke ruang tamu. Tercari-cari seseorang. Malangnya, orang yang dicarinya itu tidak dilihatnya. Bergegas dia ke tingkat atas. Lalu membuka pintu bilik utama.

Hatinya terasa lega. Perlahan-lahan langkah kaki diayunkan. Duduk dibirai katil memegang kaki ibunya. Teresak-esak dia disitu. Puan Meriam terkejut. Dengan kudrat yang ada, dia pun duduk dihadapan anaknya.

“Izzat anak ibu? Kenapa nie nangis? Cuba cerita dekat ibu.”pujuk Puan Meriam. Memang semalam dia sangat terasa hati dengan perangai Izzat. Sampai terbawa-bawa dalam tidurnya. Tapi melihat anaknya yang menangis sebegitu rupa, hatinya menjadi sayu.

“Ibu. Izzat minta maaf. Izzat banyak sangat dosa dekat ibu. Izzat nak ibu tahu yang izzat sayang sangat-sangat dekat ibu. Izzat janji Izzat berubah.”sayu suara Izzat. Terus disembamkan mukanya ke kaki ibunya.

“Ya Allah anak ibu. Tak apa sayang. Ibu dah maafkan Izzat dah. Ibu nak Izzat berubah. Jangan buat perangai teruk-teruk lagi. Ibu sayang Izzat taw.”kata-kata ikhlas seorang ibu. Lalu mereka pun berpelukkan. Kasih ibu yang membawa ke syurga.


Ibu, ibu
Engkaulah ratu hatiku
Bila ku berduka
Engkau hiburkan selalu

Izzat kini semakin mendekatkan diri kepada Allah. Terasa sangat kecil dirinya bila dia cuba untuk menunaikan solat. Air matanya jatuh bila dia membuka Al-Quran tapi dia hanya mampu membaca surah-surah pendek. Hiba rasa hatinya.

“Ya Allah, ampunkan lah aku Ya Allah. Terima lah taubat ku. Semoga hidayah mu ini akan berkekalan sampai bila-bila.” Izzat berubah. Cahaya hidayah telah membuka minda dan matanya. Kekhilafan ternyata lebih menyakitkan.

Nadya tersedar dari mimpi buruknya. Izzat? Kenapa dia mimpikan Izzat? Izzat okay ke? Kenapa dalam mimpi dia, Izzat seolah-olah dalah masalah? ‘Ya Allah, kau pelihara lah dia dari sebarang masalah.’

Cuma mainan mimpi. Tapi kenapa hatinya tidak tenang. ‘Sabar Nadya, sabar.’ Perutnya diusap.

Azan subuh pun berkumandang. Nadya terus bersiap untuk bertemu kekasih hatinya. Allah Yang Maha Besar.

Nur Nadya. Kini Izzat tercari-cari kekasihnya. Dari rumahnya hingga ke satu-satu rumah kawannya yang Izzat kenali, tetapi semua memberikan jawapan yang sama.

“Sorry Izzat. Aku tak tahu lah Nad pergi mana. Dia tak khabarkan pape pun. Lagi pun dah lama aku tak contact dia.”ujar Zalina.

“Iye ke? Tak apa lah kalau macam tu. Terima kasih ye Zalina”

“Alright. Tak ada masalah.”

Izzat meraup muka. ‘Ya Allah, manalah kau Nadya. Aku rindukan kau’

               Izzat menghabiskan cutinya di Batu Feringgi. Ketenangan membawa kedamaian dalam dirinya. Dari jauh dia melihat, kanak-kanak bermain di pantai dengan girangnya. Jelas disuatu pelusuk pandangannya, terlihat bayang-bayang wanita yang sangat dicintai.

Izzat bergegas menuju kearahnya. Alangkah bahagianya Izzat bila dia tahu itu adalah Nadya. Nadya yang sedang mendengar lagu kegemarannya tidak langsung perasankan Izzat. Dia terus terusan menyanyi lagu kegemarannya. Hinggalah bahunya disentuh. Lantas Nadya mengalihkan pandangannya ke arah orang yang menyentuh bahunya. Terkesima.

Mata-mata bertemu mata. Hati berbicara. Tanpa mulut berkata-kata. Terungkap sebuah lagi kisah percintaan yang sudah dibina bertahun-tahun. Hanya bahagia pinta mereka.

 

                “Sayang!”

Nadya tersedar dari lamunan. Segala kisah silamnya yang berlegar-legar dimatanya kini semakin pudar. Hanya wajah suaminya dihadapannya.

“Sayang buat apa nie? Abang panggil dari tadi tak jawab pun. Fikir lelaki lain ke?”bicara Izzat.

Izzat memang tak pernah berubah. Masa kan kini mereka sudah digelar suami isteri, tapi masih cemburu dan keras kepala tak tentu tempat. Nadya tahu, perangai suami ini lah yang membuatkan dirinya sanggup menjatuhkan maruah lelaki itu. Kerna perangai suaminya ini lah dia jatuh cinta buat seribu kalinya. Dan kerana perangai suaminya lah dulu dia mengemis kepercayaan yang telah hancur musnah dibuatnya.

Tapi kini, Izzat sudah sah menjadi miliknya. Nadya tak perlu risau lagi. Tersenyum melihat muncung suaminya. Lantas bahu suaminya dipeluk.

“Abang. Tak ada lelaki lain dalam dunia nie selain abang taw. Kalau ada pun, itu hah! Muhammad Khairiy tu. Hero kita.” Diacukan tangannya kearah kanak-kanak kecil yang baru berusia 3 tahun.

Muhammad Khairiy..  Khairiy ‘yang memiliki banyak kebaikan’.  Terima kasih sayang. Semoga Khairiy menjadi anak yang soleh. Doa Nadya.

0 comments: