BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, 9 June 2013

Cerita aku - Hardcore.. Metal.. Gothic..

Hardcore.. Metal.. Gothic..
 
Jangan fikir perempuan macam aku
Tak pernah jahat
Apa yang jahat
Jahat yang jahat
Hardcore
Metal
Gothic
Jadi music pilihan dulu
Kepala diangguk-anggukkan
Mata dihitamkan
Baju disendatkan
Seluar diketatkan
Hitam putih unggu
warna pilihan
Bukit Bintang tempat melepak
Orang pandang jijik
Orang hina
Ada yang kata cantik
"Fesyen ma"
Gelang hitam
Rantai hitam
Hitam dan hitam
Mata dah serupa Panda
Rambut ada yang berwarna
Ada yang tercacak-cacak
Cuma fesyen
Tidak lebih dari itu
Hanya tulisan
Yang ada dikalbu
Ada mungkin tidak percaya
Ada mungkin dah mula curiga
Ada mungkin dah mulai menjauh
Ada mungkin yang ambil kesedaran
Setiap manusia berbeza
Rambut sama hitam
Hati siapa tahu
Aku adalah aku
Ini adalah kisah aku
Kisah dahulu
Kini menghantui diriku
 

0 comments: