BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, 6 June 2013

Berlian


"Weyh weyh weyh!" Bujal dengan tersemput-semput berlari kearah kelas 5 Berlian Vokasional. Nafasnya yang masih bersisa dihelakan..

     "Weyh weyh. tak ada nama ke?"Soleha membalas. Bujal menelan air liurnya.

     "Entah kau nie? kenapa? Dunia dah nak kiamat ke?"Mus dengan selambernya berkata-kata. Tak ada insurans betul mulut mus nie.

     "Bukan lah! Cikgu..." belum sempat Bujal menghabiskan kata-katanya, semua bergegas ke tempat masing-masing. Bujal memandang ahli kelasnya dengan perasaan yang pelik. Kepalanya digarukan.
'Eh! Cikgu datang ke?'tanya hatinya.

     "Asal korang duduk tempat masing-masing? Aku tak habis cakap lagi"tanya Bujal.

    "Akmal Sani!" Gulpp! Bujal memalingkan mukanya kearah suara yang memanggil namanya.
'Alamak! Pengetua!'


     "Duduk. Hari nie cikgu awak semua tak datang. Jadi saya nak tanya siapa ketua kelas?" Puan Hajah Fauziah dengan penuh berhemah bertanya kepada semua pelajar 5 Berlian Vokasional.
 
"Saya!"Haikal mengangkat tangannya. Haikal yang terkenal dengan panggilan Boboy memang seorang ketua kelas yang sangat berwibawa. *tangan dibahu mata keatas*

"Haikal saya nak awak jaga kelas dengan baik. Jangan bising. Hari ini ada pelawat datang sekolah. Jadi saya nak semua jangan buat bising. Terima kasih. Assalammualaikum."

"Waalaikumsalam cikgu!" bergema suara semua pelajar 5 BV. Dalam pada yang sama, ada tangan-tangan yang berbentuk "BAGUS" dilakukan. Tanda seronok!

Puan Hajah Fauziah tersenyum. Dalam hatinya berkata 'Bakal pemangkin kejayaan sekolah.' Dia pun berlalu pergi. Dia sangat sayangkan para pelajarnya. Dia tahu mereka ini lah yang bakal membuatkan sekolah bangga dengan mereka.

Masing-masing melihat pengetua kesayangan mereka turun ke pejabat dengan hati yang girang.

     "Yes!" semua terkejut. 'Apa kes budak nie?'
     "Yes. Yes. Yes! Boleh tidur!" Khalil ketawa riang.


     "Kau nie lil. Fikir nak tidur je."Nazrin berkata-kata. Khalil hanya tersengih. Tidur dengan dia umpama nasi dengan ikan keli. Haha. Makanan kegemarannya.

     “Weyh Bujal. Tadi kau nak cakap apa?”tanya Arie.

     “Tak ada. Aku nak bagi tahu. Cikgu Shilaa dan nak cuti bersalin. Nanti kita dapat cikgu ganti.”akhirnya Bujal sempat meyuarakan apa yang tergendala tadi.

     “Oh! Iye ke? Ala! Tak syok lah macam nie.!”Ada suara-suara yang berbunyi.

     “Kita nak buat apa je nie?”tanya Lisa

“Kita main Bingo!”Mus memberikan cadangan.

“Tak syok lah main Bingo. Kita tidur lah.” Khalil masih teguh dengan niatnya.

"Kita tak payah tidur lah. Lepak belakang." Rizal memberikan cadangan. Tanpa menunggu jawapan,Bujal,Hilmi(Roy)Arie,Shafiq(MatTop),Mus,Nazrin,Irfan serta Boboy dah bergerak ke tempat Lisa dan erna.

Lisa dan Erna saling berpandangan. 'Dorang nie tak ada kerja lain ke selain lepak dekat belakang?' hati mereka berkata-kata.

Tapi itulah kerja masa lapang mereka. Kalau tak lepak rasa boring pulak.

Rizal pun bersegera mengambil tempat. Khalil yang ingin tidur tadi tidak pula meneruskan niatnya. Dia pun dengan terlompat-lompatnya bergerak kebelakang kelas. Memang begitu perangainya. Excited terlebih.

Selesai mengambil tempat,semua memandang Lisa dan Erna.

"Korang dah kenapa? Pandang-pandang! Sepak karang!"kasar Erna menegur. Gangster kelas. 'Kak long' gelaran yang Khalil bagi kepadanya.

"Ena nie jangan lah marah. Kalau satu hari tak marah tak boleh ke? Tadi dah marah budak form 4. Nie nak marah lagi?"Tanya Roy.

"Okay. Lepas nie tak marah dah. Nanti kau rindu nak dengar aku marah-marah. Mana tahu lepas nie aku dah tak ada ke nanti kan? Baru padan muka kau." lancang mulut Erna berkata-kata.

Kalau nak berlawan kata dengan Erna sampai esok pun tak habis. Roy diam mengalah.

"Eh erna. Kau tak ada makanan ke?" Arie sudah mengintai-intai bawa meja erna.

Lisa tergelak. Dia sudah mengeluarkan biskut yang dia bawa lebih dari asrama tadi. Dihulurkan kepada Roy.

"Aik! Roy je yang dapat?"Khalil bertanya.

"Nie sebab semalam dia dah pesan lah suruh bawak biskut nie. Kau nie sibuk je. Pergi makan nasi ikan keli kau tu."Lisa membalas.

"Kau nie Erna, kalau ada makanan berkongsi lah dengan kami-kami disini. Sesungguhnya orang yang kedekut itu serupa kuda. Dengar saja bunyi kakinya dah tahu dah kedekut.” Berderai gelak semua orang. Arie sedikit sebanyak mengikuti ibunya. Ibunya adalah penolong kokurikulum di SM Teknik Klang iaitu sekolah mereka semua ini.

“Tu lah aku dah suruh kau duduk asrama, tapi kau tak nak. Tengok! Duduk asrama bayar RM1 je makan pagi petang siang malam semua ada.”ujar Erna sambil menghulurkan roti dewan makan yang segaja dia ambil lebih tadi. Masing-masing berebut.

“Budak tak cukup kasih sayang!”gomel Lisa.

“Amboi mulut kau Lisa. Ini kang makannya.”jawab Rizal. Buku ditunjukkan kepada Lisa. Lisa hanya mampu menjelirkan lidah. Dia tahu kalau dia menjawab banyak makin teruk dibulinya. Dia orang memang kejam dengan Lisa. Ada sahaja yang hendak digaduhkan dengan Lisa. Tapi Erna yang selalu backup Lisa.

     “Dah lah. Jangan nak bergaduh pulak dekat sini. Aku suruh duduk tempat masing-masing karang baru tahu”

“Relax lah Kaklong. Kami bergurau nie. Jangan marah. Nanti masuk neraka.”kata-kata Khalil menyebabkan Erna berpaling kearahnya. Dikecilkan matanya. Khalil hanya mampu ketawa dan buat muka tak bersalah.

‘Gila!’

    “Hari nie kita nak belajar apa?”suara Nazrin memecahkan keheningan.

     “Naz. Kau tak ada benda lain nak buat ke selain belajar. Tak muda lah.”

     “Aku bukan apa Boy. Kita kan dah nak dekat SPM. Kena lah siap sedia.”

     “Tolonglah Naz. Kau budak pandai kowt. Lain lah kita orang nie yang tak pandai nie. Iye lah. Kena study bagai. Relax lah. Hari nie kita story-story okay?”Boboy memberikan cadangan.

     “Bagus jugak tu. Nak cerita pasal apa nie?”MatTop menyokong cadangan Boboy.

     “Haaaa! Kita cerita pasal apa yang kita nak cerita lah.!”Khalil menambah.

Buukkkk !! Bahunya di hentak dengan buku. Siapalah lagi kalau bukan ‘Kak Long’ nya.

“Budak nie nasihatkan orang jangan gaduh tapi korang pun sama. Piiirahhh!”Mus mencelah.

“Eh eh kau. Diam. Duduk situ diam diam.”Erna membalas. Mus berniat untuk membalas tapi Rizal bersuara.

“Okay okay. Biar aku start story okay?”

 

Cerita Pertama

 
     “Alkisah, tersebutlah sebuah kisah. Sang kancil datang beramai-ramai menyambut kedatangan Sultan Firaun.”

“Woi! Rizal! Serious lah. memain lah kau nie. Nak cerita ke tak nak nie?”Boboy dah menunjukkan jari telunjuknya.

Rizal buat muka cuak tapi dalam hati berkata ‘Ah! Kau ingat aku takut dengan kau? Aku Rizal lah. Bajak pun aku dah pernah bawak ini kan lagi kau.’ Haha. Tapi kawan-kawan. Hanya hati sahaja lah mendengar.

“Iyo lah. Sabar lah. Aku nak cerita lah nie.”

“Aku bukan nak cerita sangat lah. Aku nak luahkan rasa tak puas hati aku nie. Hari tu siapa sebenarnya yang sorokkan kasut aku? Kalau aku dapat, aku tumbuk-tumbuk muka dia.” Rizal sudah mengepal-gepalkan tangannya.

Roy yang tidak tahu menahu mengarukan kepala. "Bila masa kasut Ijal kena sorok?"

Semua telah menelan air liur. Nak diceritakan……………………….

             Satu hari dah kenapa dengan Rizal nie. Dia tiba-tiba bukak kasut masa belajar. Jadi peluang yang datang sekali je nie digunakan dengan begitu baik oleh Bujal. Dipasing-pasing sampai ke Nazrin. Kiranya Nazrin lah yang menjadi dalang dengan menyorokkan kasut Rizal. Sampai akhir kelas. Rizal baru perasan yang kasutnya sebelah tak ada.

Huh! Budak budak nie pun pandai berlakon. Yang Bujal kena teruk lah. Sebab dia duduk belakang Rizal. Hampir nak ditumbuknya Bujal. Last-last Soleha yang hendak pergi ke meja belakang terjumpa kasut si Rizal.

“Kasut siapa yang busuk nie?” jerit Soleha.

Pantas Rizal pergi ke Soleha dan mengambil kasutnya. Terus dipakainya dan berlalu ke asrama.

Erna memandang Nazrin. “Ayoiikk Bos! Tak tahu. Tak tahu. Rizal marah.”

Nazrin menepuk dahinya. ‘Ahh sudah!”

Masing-masing mengimbau kenangan hari itu. Selepas hari tu agak susah lah nak minta maaf dekat Rizal. Keras kepala. Iyelah ketua Aspura dimain-mainkan. Hah! Amik! Padan muka.

Akhirnya Nazrin bersuara, “Zal. Sorry lah. Sebenarnya aku yang sorokkan kasut kau.”berketar-ketar suara Nazrin.

“Oh! Kau Naz. Sampai hati kau ea? Jahat dah ye kau sekarang nie. Nie mesti Erna yang ajar kau kan.”Nama Erna dipetiknya.

“Aik apahal aku yang kena nie? Aku tak ajar pun dia main sorok-sorok kasut nie. Dia yang belajar sendiri aku yang kena apehal?” Erna tak puas hati.

“Tah Zal. Kau salah kan Erna. Ini semua dia yang ajar.”tambah Nazrin. Saja dia nak menduga angin Erna.

“Kau memang nak kena Naz. Takpe takpe. Hari nie hari kau. Kau tengok esok. Kau ingat Naz.”Ugut Erna.

Berubah terus muka Naz. “Eh! Tak lah. Aku main-main je. Okay okay. Aku belanja kau nasi lemak ayam kat kantin esok?”

“Okay. Kau lepas.” Huuuuu. Nazrin menarik nafas lega.

"Naz takut dengan Erna ea?" Roy bertanya.

"Gila kau tak takut. Aku tanya kau. Kau takut tak dengan budak nie?"

Roy terdiam. Hati dia berkira-kira. Dipandang Erna. Hanya senyuman yang mampu diberikan.

'Takut agaknya'

“Okay next!”

 

Cerita kedua……

 
“Okay. Kau nak tahu tak dulu Erna selalu buat masalah dengan form 5.”Lisa memulakan ceritanya.

“Aik kau nie. Nak cerita pasal kau ke pasal aku nie?”Tanya Erna.

“Kita cerita pasal Dahlia 2 lah. Okay?”pinta Lisa.

“Haaa.. Okay jugak tu.”balas Erna.

“Aah lah weyh, aku dengar Dahlia 2 tu dorm hot dulu. Macam-macam masalah budak-budak Dahlia 2 buat.”Tanya Mus.

“Korang nie apa nak jadi. Mak ayah hantar masuk sini supaya belajar. Yang dok tak puas hati sangat denga form 5 tu kenapa? Biar lah dorang.”Arie mengeluarkan hujahnya.

“Kau tak tahu cerita, jangan nak memandai ea. Dengar lah dulu kita orang cerita nie.”ujar Lisa.

“Okay okay. Dahlia 2 nie dulu masa kita orang form 4 memang dorm yang selalu buat masalah lah. Habis kena bash dengan form 5 teruk punya lah.”Erna membetulkan tempat duduknya. Dia kina duduk bersila diatas kerusi.

“Dalam dorm kita orang nie ada aku,Lisa,Ieka,Diela,Meen,Haja,Niq,Syai,Bieha,Syura,Kikie,Jue, dan ramai lagi lah. Nak dipendekkan cerita, aku tak tahu lah apa yang dorang tak puas hati dekat kita orang nie sampai lah satu tahap bila ada rocall, nama dorm kita orang mesti naik lah. Padahal kita orang tak buat apa-apa pun. Sakit hati gila dengan form 5 time tu. Apa lagi. Kita tak kacau orang, orang kacau kita. Tak buat dikatakan buat. Memang betul-betul lah kita orang buat.” Semua diam mendengar cerita Erna.

“Aku ingat lagi. Mungkin sebab aku kowt BD2 kena bash je. Hari tu aku bawak fone. Satgi kantoi pulak dengan senior. Apa lagi. Dorang nak bukak fone tak boleh, sebab ada code. Jadi aku kena panggil masuk bilik prep form 5. Korang tahu. Seboleh-boleh dorang nak jugak bukak sim aku tu. Sampai dah kena code PUK.”

"Kenapa Erna suka guna satgi?"sempat lagi Roy bertanya.

Erna memang suka mengunakan perkataan ‘satgi’ . Dia pun tak tahu kenapa. Tapi yang dia tahu ‘satgi’ itu sesuai benar untuk digunakan. Tabiat mungkin.

"Entah lah. Tak pernah terfikir pulak."jawabnya ringkas.

“Teruk gila senior korang. Sampai macam tu sekali ye?”Tanya Rizal.

“Itu tak cukup teruk lagi lah. macam-macam lagi yang dia orang buat.”Lisa memintas.

“Betul weyh. Kau tahu Si Leha *ketua aspuri 2009/2010* boleh bantai simbah air pulak dekat aku bila aku tipu nombor aku. Gila! Takkan nak bagi tahu nombor betul.” Nazrin tergelak.

“Aku layan je lah dorang. Aku cuma tanya. ‘Kenapa form5 boleh bawak fone, form 4 tak boleh’. Lepas tu aku dimaki hamunnya. Aku pun tak ingat lah siapa senior yang maki-maki tu. Tapi yang aku tahu ramai lah dekat situ. Pastu kantoi jugak nombor aku. Dibaca sms aku.”

“Korang tahu lepas tu Erna kena tarik dari bilik prep form 5 pergi bilik prep form 4. Pastu Kak Leha tu suruh senior lain amik cermin besar letak depan Erna. Then dia cakap kuat kuat, ‘Jangan ada siapa pun nak kawan dengan budak setan nie’. Kita orang yang tengok nie boleh nangis tapi Erna relax je. Siap boleh betulkan tudung depan cermin tu. Apa lagi , bertambah marah lah senior. Lepas tu habis form 4. Pape semua kita orang kena. Tapi kita orang seronok. Entah lah tak tahu kenapa.”sambung Lisa.

“Kejam seyh.”Khalil menepuk dahinya.

 

Cerita ketiga

 

“Kau tahu tak asrama kita tu berhantu?”tanya MatTop.

“Eh iye ke? Aku ada dengar lah cerita tapi tak pernah pulak rasa.”Jawab Boboy.

“Kau memang lah Boy. Kau duduk asrama masa form 4 je. Pastu kau jadi outsider.”

Nazrin backup Boboy, “Aku yang duduk asrama pun tak pernah jumpa pape pun.”

“Eh! Betul lah. Pernah dengar cerita senior lepas pasal asrama.”Arie menambah.

"Roy pernah dengar tapi tak tahu lah betul ke tak ceritanya.Tapi Roy dah lupalah." Roy mencelah.

“Betul weyh. Dulu senior atas kita kan suka sangat main kepang. Yang perempuan main ulik mayang.”sambung MatTop.

“Aku tahu tu. Sebab aku pun main jugak.”jawab Erna.

“Hari tu botek semua main spirit. Kat Bakawali 6”

“Serious ke Zal?”Lisa bertanya.

“Seriouslah!”

“Niq pun suka main spirit tu. Aku tak tahu lah apa seronoknya main benda tu.”Erna menyambung.

“Meyh sini aku cerita kisah asrama kita.” Arie memulakan cerita hantunya.

 

“Kalau tak silap aku asrama kita dulu ada masalah. Iyelah. Sinikan dulu ladang kelapa sawit. Jadi macam-macam lah benda ada. Jadi asrama kita tu kita kalau tak silap aku dah dipagar. Tapi budak-budak senior nie masalah sikit. Dia pergi puja benda-benda tu. Jadi tah macam mana tah, ada perjanjian. Selang 4 tahun kalau tak silap aku, benda tu boleh lepas.” Panjang lebar cerita Arie.

“Aku dengar cerita masa kita form 4, kiranya tahun 2010 tahun yang selang 4 tahun tu lah. Sebab tu kat aspuri banyak kejadian histeria.”Mus menambah.

“Asal aku tak tahu benda nie?”Nazrin bertanya.

“Tu lah kau Naz. Sibuk study je. Hal luar tak tahu.”perli Bujal.

Setelah lama dia mendiamkan diri, akhirnya dia pun bersuara. “Tapi memang betul ke weyh?”

“Kau pun sama je lah Bujal.”

“Aku bukan ape Khalil. Aku nie kan tak pernah duduk asrama. Jadi tak perlu tahu benda-benda macam nie. Balik rumah tidur, lepak. Lagi bagus.”beriya-iya Bujal nak menjelouskan budak-budak asrama.

“Okay fine.”Khalil masuk perangkap.

“Tu lah. Hari tu bukan Maizan histeria ke?”tanya Boboy.

“Itu tahun lepas lah”Lisa menjawab.

“Iye lah. Itu lah maksud aku. Kau nie kang. Kena jugak.”Boboy menunjukkan sikunya.

Lisa memandang Erna meminta simpati.

“Dah lah boy. Korang nie tak kacau Lisa sehari tak boleh ke?”

Serentak semua “TAK BOLEH.”

Berlinang air mata Lisa. ‘Sorry lah Lisa. Aku tak dapat nak tolong. Tak apa. Satu hari nanti mesti kau rindu’ hati Erna berkata-kata.

"Lisa Erna ingat tak mula-mula kita kenal?"Roy bertanya.

Masing-masing cuba mengingati kenangan masing-masing.

Cerita Keempat

"La! Tak ingat ke?"
"Dulu Roy ingat lagi mula-mula Roy tak kenal pun Erna taw. Tapi pernah dengar lah nama Erna. Time tu tak tahu pun Erna yang mana satu. Lisa Roy kenal masa dalam kelas." Roy menambah.

"Elah. Nak buat apa kenal Erna nie. Aku masuk kelas nie baru kenal dia taw."sampuk Arie.

"Kau tak payah nak tipu sangat lah Arie. Bukan masa form 4 lagi dah kenal ke?"buat pertama kalinya Irfan mengeluarkan suaranya.

"Elah nak bergurau sikit pun tak boleh."Arie membalas.

"Kita ingat lagi masa kem pengawas. Time tu baru kenal betul-betul. Sebab selalu buat kerja sama-samakan."Roy mulai bercerita.

"Ahh ini aku malas nie. Mentang-mentang lah korang semua pengawas and exco. Tak payah lah cerita pasal kem kem bagai nie." MatTop dan Bujal dan membuat muka bosan.

"Jangan nak jelous sangat lah kan?" Lisa membalas.

Berderai gelak semua.

"Erna kan terkenal dengan mata coklat dia."ujar Boboy. "Dulu aku ingat lagi bila aku dengan Nazrin selalu tegur mata kau?"

"Bila masa ea? Tak ingat lah!"kata Erna bersungguh.

"Iyelah Erna mana nak ingat."Nazrin membalas.

'Aik! Dah memang tak ingat nak buat macam mana.'gerutu hati Erna.

"Lisa pun aku kenal sebab dia masuk pertandingan nyanyi tu. Sedap kowt suara Lisa." MatTop menambah.

"Oi oi oi!" Arie mengetuk dadanya. "Aku yang ajar Lisa macam mana nak nyanyi sesedap macam tu taw." Arie dah start menyanyikan lagi Ziana Zain.

"Ah sudah. Kau Rie. Tak payah nak start menyanyi. Karang aku nak balik susah. Hujan" Boboy mengenakan Arie.

"Macam aku duduk asrama?" Arie membalas.

"Alamak! Lupa pulak!" Boboy terkena sendiri.

"Macam nie lah kawan.!" Arie membalas.

"Ala sorry lah. Aku belanja nasi lemak ayam okay?" Boboy meniru cara percakapan Nazrin.

Buukkkkkk ! Bahu Boboy di tolak.

"Oi Naz! Sakit lah!"

"Dah dah dah. Tak payah nak puji sangat lah kan?"Lisa dah menampakkan rasa malunya.

"Oi..!" kepala Lisa diketuk. "Tak payah nak segan sangat lah."laju tangan Mus mengetuk kepala Lisa.

"Apa nie main ketuk-ketuk kepala. Bapak aku bayar zakat lah."
Kesian Lisa!

Tapi dalam hati masing-masing mengiyakan kesedapan suara Lisa.

"Tapi memang betul lah. Suara Lisa memang sedap" Roy memecah keheningan.

"uuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu" semua yang lepak di belakang serentak berkata. "Untunglah."

Roy dengan Lisa memang rapat. Dah macam adik beradik. Macam mana rapatnya Rizal, Boboy, Nazrin, Irfan, Roy, MatTop, Bujal, Khalil, Mus,Arie.

Kebisingan itu telah menyebabkan ahli kelas yang lain memandang kearah mereka.

Leha menegur, “Weyh, korang cerita pasal apa?”

Irfan yang dari tadi hanya menjadi pendengar hanya tersenyum mengejek kepada Soleha.

Soleha mencebik. Mungkin sebab ini lah dia tak berapa selesa dengan ahli kelasnya.

Krrriiiggg!!!!!!!! Habis seharian mereka.

Persahabatan mereka ini memang rapat. Kadang-kadang makan bersama. Duduk melepak dekat belakang. Tapi masing-masing sibuk dengan tugas masing-masing. Rizal kadang kala tiada didalam kelas, menguruskan prihal asrama. Nazrin dan Erna selalu bekerjasama bersama, kerna mereka berdua adalah pengawas dan Nazrin merupakan ketua setiausaha , mana kala Erna merupakan pembantunya. Kelas Berlian Vokasional kebanyakkannya adalah mereka-mereka yang mempunyai pangkat dalam sekolah seperti pengawas dan exco asrama. Jadi bila ada aktiviti sekolah, sunyi lah kelas 5BV. Ramai juga yang sibuk dengan sukan. Tapi mereka tak pernah lupa akan pelajaran. Mana yang tertinggal akan dibackup oleh rakan-rakan yang lain. Malam jika ada kelapangan, subject yang tertinggal tadi akan dibincangkan. Tapi mereka beruntung. Pihak pentadbir dah menetapkan setiap bulan ada satu hari yang kesemua pelajar Berlian *Teknik dan Vokasional* berkumpul dan melakukan solat hajat.

Dalam pada masa yang sama. Guru kelas 5 Berlian Vokasional, Cikgu Shilaa dan Ustazah Halimah sangat kuatir dengan keputusan anak-anak didiknya. Kerna masing-masing selalu tiada dalam kelas.

Suatu hari.

“Assalammualaikum Cikgu Shilaa.”Ieka mengetuk pintu kelas 5 BV. Ieka Penolong Ketua pengawas II

“Waalaikumsalam. Masuklah Ieka.”

“Cikgu, ada perjumpaan pengawas dengan exco dekat bilik dewan makan.”

Cikgu Shilaa menghela nafasnya.

“Kalau tak pergi tak boleh ke? Dah banyak kali dah tinggal kelas dia orang nie.”

“Saya tak tahu lah pulak cikgu. Atas arahan PK.”

“Hurm. Pengawas, Exco. Awak ada perjumpaan. Pastikan siap kerja yang saya bagi. Esok saya nak tengok. Tak siap saya rotan.”

“Baik cikgu!”

Sunyi kelas 5 BV.

 Minggu terakhir sebelum SPM. Semua pelajar bertungkus lumus untuk study disaat-saat akhir. Cikgu-cikgu tak lupa juga untuk memberikan semangat kepada para pelajarnya. Cikgu Shilaa dan Ustazah Halimah juga tak berhenti-henti memberikan yang terbaik untuk anak-anak didiknya.

SPM berakhir. Selang beberapa bulan, keputusan pun keluar. Alhamdulillah. Keputusan kesemua pelajar 5 Berlian Vokasional adalah baik.

Kekangan tugas dan sukan tidak menghalang kita dari terus Berjaya jika kita berusaha dan ikhlas menuntut ilmu.

Didedikasikan kepada semua pelajar Berlian Vokasional Bacth 2011. Sorry bagi nama yang tak disebut. Lain kain kita story lagi ye.

Friends.

0 comments: