BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, 9 June 2013

Aku ingin berubah

INGATLAH KATA-KATA INI :
"Ketika aku muda, aku ingin mengubah seluruh dunia. Lalu aku sedari, betapa sukar mengubah seluruh dunia ini, lalu aku putuskan untuk mengubah negaraku saja. Ketika aku sedari bahawa aku tidak boleh mengubah negaraku, aku mula berusaha mengubah bandarku. Ketika aku semakin tua , aku sedari tidak mudah mengubah bandarku. Maka aku mula mengubah keluargaku. Kini aku semakin tua, aku pun tak boleh mengubah keluargaku. aku sedari bahawa satu-satunya yang boleh aku ubah adalah diriku sendiri.

Tiba-tiba aku tersadarkan bahawa bila saja aku boleh mengubah diriku sejak dahulu, aku pasti boleh mengubah keluargaku dan bandarku. Pada akhirnya aku akan mengubah negaraku dan aku pun boleh mengubah seluruh dunia ini..
 
Assalammualaikum...
 
"Setiap bencana yang menimpa di bumi dan yang menimpa dirimu sendiri, semuanya telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuz) sebelum Kami mewjudkannya. Sungguh, yang demikian itu mudah bagi Allah"
Al-Hadid ayat 22
 
Setiap orang dilahirkan dengan jalan hidup sendiri...
 
Aku dilahirkan penuh kasih sayang.. tanpa aku sedari.. cahaya gelap yang bakal menemui aku disuatu ketika.. sinar hitam itu telah membuatkan diri aku kini menjadi sangat lemah.. setiap orang diberi dugaan yang berbeza.
mungkin dugaan anda semua tidak seteruk dugaan diriku ini..
Setiap malam aku ditemani tangisan yang menagisi kekhilafan dulu..
bertapa sakitnya bila mengigatkan kesalahan diwaktu dulu..
lagi-lagi bila kita ditimpa masalah , hanya kita sahaja yang mencuba untuk bangun sendiri..
Betul apa orang kata..
 
"Bila jatuh, bukan jatuh sikit-sikit.Sekali kita dah jatuh kita akan jatuh habis."
 
Nasi dah jadi bubur. kenapa begitu berat dugaan aku ini Ya Allah..
sesampai satu tahap.. Mati sahaja yang aku rasa lebih baik..
Bila difikirkan balik... Dugaan Allah adalah untuk menyedarkan diri..
Tapi aku tak mampu Ya Allah..
Aku berubah untukMu Ya Allah..
bantu lah hambaMu ini..
Hanya itu pinta ku..
Peganagkan lah hati kami Ya Allah...
Sungguh aku amat menyintai..

0 comments: