BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, 18 May 2013

Part 2: Kahwin

 
 
Assalammualaikum...
 
Entry hari nie.. Jeng jeng jeng..
 
KAHWIN..........
 
Percaya tak percaya! Rasa tak sabar nak kahwin.. Sebelum ni ada entry nak kahwin.. Dah tulis.. Cuma tak post je.. Rasa macam “terdesak” pulak.. J
Haha.. Mungkin orang yang akan membaca tajuk entry ni pada mulanya akan kata
“Gatal gile.. Kecik-kecik lagi dah nak kahwin..”
“Belajar pun tak habis.. Dah pandai nak mengatal”
“Bla bla bla……………………………”
Tuan Puan Cik Makcik Pakcik Rakan Taulan Musuh Jiran-jiran sebelah Adik-adik kakak-kakak dan abang-abang..
Mungkin ramai yang akan bagi presepsi macam yang saya tulis diatas..
Tapi mungkin anda sekalian semua tidak mengerti..
Sampai sahaja di bumi orang(china) kami semua dibahagikan dengan kumpulan-kumpulan kecil yang membicarakan mengenai Islam…
Tidak lupa juga mereka(akak-akak dah abang-abang nakibah) menekan mengenai “Bercinta lepas kahwin” “Kahwin itu lebih nikmat dari couple” "Segalanya adalah lah pahala bila kita dah kahwin"
Bagi kami yang bercouple ni sapa je yang tak terasa bila dibicarakan mengenai isu-isu yang macam ni.. Sedikit sebanyak adalah yang berkesan dalam jiwa.. Bila akak-akak nakibah bagi video “Indahnya kahwin muda” "Kahwin VS Couple"  dan macam-macam lagi lah.. Siapa yang tak ada perasaan untuk kahwin kan? Lagi-lagi di usia muda..
Bukan nak cakap apa, tapi kebanyakkan mahasiswi dekat sini sedikit sebanyak berubah.. Ada yang dari baju ketat-ketat, sekarang dah tak.. Dari memakai jeans, kepada kain..
Saya sendiri pun kadang-kadang nak pergi kelas tu.. Termenung tengok baju.. Sampai terkeluar ayat “Aku tak ada baju longgar ke?” Ya Allah… Sedih jugak lah time tu..
Masa awal-awal ada beli jeans, skinny yang macam ketat-ketat.. TAPI sampai sekarang tak sentuh pun lagi.. (maksud sentuh dekat sini ialah pakai) ..
Ada yang belajar masak.. Improve diri untuk jadi lagi baik.. Solat+solat sunat+baca Al-quran+Jemaah.. Alhamdulillah kan?
Saya pun terkesan dengan gelombang “Kahwin Muda” .. Sampai rasa macam nak kahwin sekarang.. J
Tapi lepas kejadian hari ini, rasa itu macam… macam… macam.. Entah lah… Mungkin tak cukup ilmu dan akhlak lagi untuk jadi isteri orang.. Mungkin tak ada simpanan dan macam-macam lagi.. DAN MUNGKIN TAK FAHAM DIA LAGI..
Kebarangkalian rasa ini macam… macam… macam tu sebab tak faham dia.. Kena belajar macam mana nak memahami orang.. Mempercukupkan diri dengan ilmu agama, akhlak..
 Ayat standrad “baju kecik pun mak ayah yang belikan lagi ada hati nak kahwin”
Orang kat luar, yang tak rasa macam mana yang kami-kami ni rasa, jangan cepat melatah.. Datang lah sini dan rasa sendiri.. Dan bersyukurlah bila Allah dah kurniakan rasa ingin berubah dan nak kahwin dari gembira dengan mempermainkan hati.. Malaysia tak sama macam sini..
Mungkin saya masih kecil untuk berbicara mengenai isu ini.. Baru 19 tahun.. Kalau mama tahu pun mama akan marah.. Tapi mama, kawan-kawan dan saudara-saudari.. Bukan saya sendiri yang wujudkan perasaan itu.. Ianya datang dalam mimpi, melihat dan mendengar dari kakak-kakak nakibah, ustad-ustazah…
Maafkan saya kalau ada salah dah silap..

0 comments: