BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, 22 May 2013

Kemana Hilangnya Duit Rakyat


    
Selesai sudah PRU13.. Macam-macam cerita dah kita dengar.. Rakyat mempertikaikan apa yang kerajaan buat.. Topik HOT
“ Kemana hilangnya duit rakyat”
Sini saya nak berkongsi sedikit.. Cuba anda semua kira.. Agak-agaknya berapakah jumlah pelajar tajaan kerajaan ke luar Negara? Seorang? Dua orang? 10 orang..
Saya adalah pelajar tajaan kerajaan untuk belajar bahasa mandarin di Beijing, China… Bila dikira-kira balik.. Kos untuk seorang pelajar bukan seribu dua ribu.. Tapi memakan belanja yang tinggi.. Saya sendiri pun tak dapat nak mengira berapa kos yang dikeluarkan untuk saya sendiri.. Pelajar di Beijing, China lebih kurang 200 orang..!
Nak marah saya? Opssss kejap.. Memang bagi yang tak dapat peluang sebegini akan rasa tak patut.. Pelajar dalam Malaysia ada PTPTN yang kena BAYAR BALIK nanti.. Beruntung lah kita di beri kemudahan untuk sambung belajar walaupun kena bayar balik.. Timbulnya masalah dengan pembayaran semula apabila kita tak dapat kerja yang baik..
Saya bagi contoh dekat sini…
Situasi pertama..
Situasinya saya sebagai pelajar UITM dulu… Amat menantikan PTPTN.. Sebab masa itu best.. Boleh enjoy dengan duit tu.. Beli fone baru.. Raya baju baru.. Semua lah.. Bukan kah kerajaan bagi duit itu untuk pembelajaran.. Tapi kita kan tahu macam mana nak uruskan kewangan kita kan rakan-rakan? Sampai habis belajar.. Kita tak simpan langsung balance duit tu untuk pembayaran semula.. Time masa kita kena bayar balik? Hah!! Tak tahu nak cari dekat mana duit tu.. Takkan nak jual fone tu kan? Tak sama dengan masa kita beli mula-mula.. Mula timbul rasa tidak puas hati. Rasa membebankan! Kalau saya sendiri pun akan rasa tak puas hati.. Tapi..................................................
Situasi kedua..
Saya ada seorang rakan.. Dia bila dapat je PTPTN tu.. Separuh dia akan gunakan untuk pembelajaran dan separuh lagi dia akan simpan dalam bank.. Simpanan dalam bank akan dapat rebit*betul ke ni? Saya pun tak tahu sangat cerita full dia* Jadi, dari RM 10000 kita akan dapat keuntungan berapa % tah.. Jadi dengan duit tu kita boleh bayar PTPTN balik.. Kalau bayar full dapat potongan harga.. Bayar separuh pun dapat potongan harga.. Jadi lebihan duit tu kita boleh gunakan.. Ini lah penguna bijak.. Sekarang dia hidup senang tanpa memikirkan hutang PTPTN..
JANGAN fikir kami yang duduk di luar Negara ini akan bersenang lenang dengan mengunakan “kelebihan” yang kami ada.. Selesai habis belajar nanti, kami akan berkhidmat di sektor kerajaan (tak kira lah kerajaan apa dimasa hadapan nanti..Insyaallah kalau kontrak tak ditukar atau pun ada masalah-masalah yang tak kita ketahui). Berkhidmat untuk rakyat.. Untuk Malaysia jugak… Anak-anak cik abang cik akak semua.. Cucu-cucu pakcik dan makcik.. Datuk dan Datin sekalian..
Bukan nak bercerita mengenai politik.. Saya sendiri pun baru je meningkat remaja.. Tapi saya tahu apa yang orang lain tak tahu.. Mungkin saya dapat kongsi sedikit sebanyak “Kemana Hilangnya Duit Rakyat”
Maaf andainya terkasar bahasa.. :)
 

0 comments: