BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, 30 May 2013

Melayu Kita

 


Assalammualaikum!!
 
大家好。早上好。下午好。晚上好
~sila google translate ye.. Ini adalah maksud yang mendalam.. Jangan lupa!~
Haaa… Dah lama tak update blog *ayat perli Shalla.. haha.. Padahal baru je update hari tu*
So, today im gonna talk a little bit about Orang Melayu kita.. Yes, Melayu MALAYSIA!
(before that, I wanna tell you guys.. Bukanyer saya ni suka nak mengkritik.. Tapi sebenarnya, saya cakap apa yang saya lalui dan rasa..)
Sudah hampir setahun saya telah berada di China nie.. Banyak dah sebenarnya pengalaman.. Dari satu, ke satu.. J Sekarang ni saya nak cerita sikit mengenai orang-orang kita ni..
Memang setiap sem, pihak university akan bawak kami semua ni pergi melancong.. Jalan-jalan mengenal China.. Sepanjang perjalanan itu juga lah.. Banyak kali sebenarnya “terserempak” dengan orang Malaysia.. Bahagia tak bahagia lah time tu nampak orang dah berumur yang memakai tudung.. Berkulit hitam manis dan sawo matang.. Tapi “kebahagiaan” itu musnah bila kami*pelajar* tegur mereka.. Ya Allah.. Bagi Salam rasanya.. Eh jap-jap.. Pakai tudung tapi bila beri salam ……………………………… Pandang pun tak der!!
Lagi-lagi lah dekat Embassy .. Mungkin Datin-Datin kot ea? Pandang senyum, dia orang cemuh.. Tahu lah sapa kami ni nak dibandingkan Datin-Datin kan? Kami ni pelajar je..
Ini lah orang melayu kita.. Bagi saya, tak bangga ke kita bila ada anak-anak muda dari Negara kita dok merantau Negara orang.. Belajar dan bila balik nanti berkhidmat dengan Negara.. Manalah tahu , mereka-mereka ini yang dok belajar luar Negara jadi cikgu kepada anak-anak Datin-Datin or makcik-makcik tadi..? Seriously TAK FAHAM..
Tapi berbeza pula dengan orang dari Indonesia , Singapore, Thailand.. Dia orang yang bertegur sapa dengan kami-kami ni hah.. Siap puji Malaysia lagi.. Walaupun kami ni tak perasan pun, tapi dia orang boleh kenal warna kulit walaupun berbeza Negara.. Ialah, duduk berjiran kalau tak kenal apa nak jadi lah kan? Tak kira budak-budak pun.. Tapi Orang Malaysia.. Ya Allah.. Dia saja lah yang tahu..
Sedih sebenarnya dengan pemikiran orang kita.. Kalau bertegur pun selaluyer pakcik-pakcik.. Biasalah.. Pakcik-pakcik selaluyer kan “peramah” Alahai..
Sampai disini dulu lah ye…
Bye!!
M.I.A.
 

Wednesday, 22 May 2013

Kemana Hilangnya Duit Rakyat


    
Selesai sudah PRU13.. Macam-macam cerita dah kita dengar.. Rakyat mempertikaikan apa yang kerajaan buat.. Topik HOT
“ Kemana hilangnya duit rakyat”
Sini saya nak berkongsi sedikit.. Cuba anda semua kira.. Agak-agaknya berapakah jumlah pelajar tajaan kerajaan ke luar Negara? Seorang? Dua orang? 10 orang..
Saya adalah pelajar tajaan kerajaan untuk belajar bahasa mandarin di Beijing, China… Bila dikira-kira balik.. Kos untuk seorang pelajar bukan seribu dua ribu.. Tapi memakan belanja yang tinggi.. Saya sendiri pun tak dapat nak mengira berapa kos yang dikeluarkan untuk saya sendiri.. Pelajar di Beijing, China lebih kurang 200 orang..!
Nak marah saya? Opssss kejap.. Memang bagi yang tak dapat peluang sebegini akan rasa tak patut.. Pelajar dalam Malaysia ada PTPTN yang kena BAYAR BALIK nanti.. Beruntung lah kita di beri kemudahan untuk sambung belajar walaupun kena bayar balik.. Timbulnya masalah dengan pembayaran semula apabila kita tak dapat kerja yang baik..
Saya bagi contoh dekat sini…
Situasi pertama..
Situasinya saya sebagai pelajar UITM dulu… Amat menantikan PTPTN.. Sebab masa itu best.. Boleh enjoy dengan duit tu.. Beli fone baru.. Raya baju baru.. Semua lah.. Bukan kah kerajaan bagi duit itu untuk pembelajaran.. Tapi kita kan tahu macam mana nak uruskan kewangan kita kan rakan-rakan? Sampai habis belajar.. Kita tak simpan langsung balance duit tu untuk pembayaran semula.. Time masa kita kena bayar balik? Hah!! Tak tahu nak cari dekat mana duit tu.. Takkan nak jual fone tu kan? Tak sama dengan masa kita beli mula-mula.. Mula timbul rasa tidak puas hati. Rasa membebankan! Kalau saya sendiri pun akan rasa tak puas hati.. Tapi..................................................
Situasi kedua..
Saya ada seorang rakan.. Dia bila dapat je PTPTN tu.. Separuh dia akan gunakan untuk pembelajaran dan separuh lagi dia akan simpan dalam bank.. Simpanan dalam bank akan dapat rebit*betul ke ni? Saya pun tak tahu sangat cerita full dia* Jadi, dari RM 10000 kita akan dapat keuntungan berapa % tah.. Jadi dengan duit tu kita boleh bayar PTPTN balik.. Kalau bayar full dapat potongan harga.. Bayar separuh pun dapat potongan harga.. Jadi lebihan duit tu kita boleh gunakan.. Ini lah penguna bijak.. Sekarang dia hidup senang tanpa memikirkan hutang PTPTN..
JANGAN fikir kami yang duduk di luar Negara ini akan bersenang lenang dengan mengunakan “kelebihan” yang kami ada.. Selesai habis belajar nanti, kami akan berkhidmat di sektor kerajaan (tak kira lah kerajaan apa dimasa hadapan nanti..Insyaallah kalau kontrak tak ditukar atau pun ada masalah-masalah yang tak kita ketahui). Berkhidmat untuk rakyat.. Untuk Malaysia jugak… Anak-anak cik abang cik akak semua.. Cucu-cucu pakcik dan makcik.. Datuk dan Datin sekalian..
Bukan nak bercerita mengenai politik.. Saya sendiri pun baru je meningkat remaja.. Tapi saya tahu apa yang orang lain tak tahu.. Mungkin saya dapat kongsi sedikit sebanyak “Kemana Hilangnya Duit Rakyat”
Maaf andainya terkasar bahasa.. :)
 

Saturday, 18 May 2013

Part 2: Kahwin

 
 
Assalammualaikum...
 
Entry hari nie.. Jeng jeng jeng..
 
KAHWIN..........
 
Percaya tak percaya! Rasa tak sabar nak kahwin.. Sebelum ni ada entry nak kahwin.. Dah tulis.. Cuma tak post je.. Rasa macam “terdesak” pulak.. J
Haha.. Mungkin orang yang akan membaca tajuk entry ni pada mulanya akan kata
“Gatal gile.. Kecik-kecik lagi dah nak kahwin..”
“Belajar pun tak habis.. Dah pandai nak mengatal”
“Bla bla bla……………………………”
Tuan Puan Cik Makcik Pakcik Rakan Taulan Musuh Jiran-jiran sebelah Adik-adik kakak-kakak dan abang-abang..
Mungkin ramai yang akan bagi presepsi macam yang saya tulis diatas..
Tapi mungkin anda sekalian semua tidak mengerti..
Sampai sahaja di bumi orang(china) kami semua dibahagikan dengan kumpulan-kumpulan kecil yang membicarakan mengenai Islam…
Tidak lupa juga mereka(akak-akak dah abang-abang nakibah) menekan mengenai “Bercinta lepas kahwin” “Kahwin itu lebih nikmat dari couple” "Segalanya adalah lah pahala bila kita dah kahwin"
Bagi kami yang bercouple ni sapa je yang tak terasa bila dibicarakan mengenai isu-isu yang macam ni.. Sedikit sebanyak adalah yang berkesan dalam jiwa.. Bila akak-akak nakibah bagi video “Indahnya kahwin muda” "Kahwin VS Couple"  dan macam-macam lagi lah.. Siapa yang tak ada perasaan untuk kahwin kan? Lagi-lagi di usia muda..
Bukan nak cakap apa, tapi kebanyakkan mahasiswi dekat sini sedikit sebanyak berubah.. Ada yang dari baju ketat-ketat, sekarang dah tak.. Dari memakai jeans, kepada kain..
Saya sendiri pun kadang-kadang nak pergi kelas tu.. Termenung tengok baju.. Sampai terkeluar ayat “Aku tak ada baju longgar ke?” Ya Allah… Sedih jugak lah time tu..
Masa awal-awal ada beli jeans, skinny yang macam ketat-ketat.. TAPI sampai sekarang tak sentuh pun lagi.. (maksud sentuh dekat sini ialah pakai) ..
Ada yang belajar masak.. Improve diri untuk jadi lagi baik.. Solat+solat sunat+baca Al-quran+Jemaah.. Alhamdulillah kan?
Saya pun terkesan dengan gelombang “Kahwin Muda” .. Sampai rasa macam nak kahwin sekarang.. J
Tapi lepas kejadian hari ini, rasa itu macam… macam… macam.. Entah lah… Mungkin tak cukup ilmu dan akhlak lagi untuk jadi isteri orang.. Mungkin tak ada simpanan dan macam-macam lagi.. DAN MUNGKIN TAK FAHAM DIA LAGI..
Kebarangkalian rasa ini macam… macam… macam tu sebab tak faham dia.. Kena belajar macam mana nak memahami orang.. Mempercukupkan diri dengan ilmu agama, akhlak..
 Ayat standrad “baju kecik pun mak ayah yang belikan lagi ada hati nak kahwin”
Orang kat luar, yang tak rasa macam mana yang kami-kami ni rasa, jangan cepat melatah.. Datang lah sini dan rasa sendiri.. Dan bersyukurlah bila Allah dah kurniakan rasa ingin berubah dan nak kahwin dari gembira dengan mempermainkan hati.. Malaysia tak sama macam sini..
Mungkin saya masih kecil untuk berbicara mengenai isu ini.. Baru 19 tahun.. Kalau mama tahu pun mama akan marah.. Tapi mama, kawan-kawan dan saudara-saudari.. Bukan saya sendiri yang wujudkan perasaan itu.. Ianya datang dalam mimpi, melihat dan mendengar dari kakak-kakak nakibah, ustad-ustazah…
Maafkan saya kalau ada salah dah silap..

Sunday, 12 May 2013

Kekasih Hati


     12 May 2013..
Perginya seorang yang sangat disayangi oleh sayang saya nie.. Muhammad Ikmal Aindallah..
Cyg tahu b amat terasa dengan pemergian orang yang b sayang.. Tapi cyg nak b tahu yang cyg sygs sgt2 dekat b..

     Cyg tahu b kuat.. cyg tahu b mampu... Ingat! Cyg selalu ada dengan b.. <3

Bukan kita yang minta


     Bukan kita yang minta untuk mendapat keluarga yang tak bahagia.. Bukan kita yang minta untuk keluarga kita menghadapi masalah yang besar.. Bukan kita yang minta untuk keluarga kita susah..

     Siapa kita untuk menghina keluarga orang.. Siapa kita untuk berbicara tentang latar belakang keluarga orang.. Bersyukur jika kita mempunyai keluarga yang bahagia..

     Memang kami adalah keluarga yang terbuang.. Tak perlu nak diceritakan kenapa sebab orang itu sendiri tidak tahu kenapa dia melakukannya..

     Apa yang berlaku tentang diri kita adalah apa yang kita fikirkan sendiri.. Bukan 100% dari masalah keluarga.. Bukan BROKEN FAMILY..

     Aku menumpang kasih dah sayang dari sebuah keluarga.. Kerna aku percaya.. Aku boleh jadi sebahagian dari keluarga itu..

     Siapa diri ini bagi dirimu sampai sampai engkau mengeluarkan prihal kekeluargaan?? Menyentuh kisah keluarga.. Memang..! Aku tidak mempunyai keluarga yang yang sebahagia engkau.. Tapi aku bahagia.. Meski pun kasih sayang yang aku cuba pupuk ini dari perasaan benci kepada mereka.. Tapi bukan bermaksud apa yang aku lakukan, prihal diri aku ini kerana kekurangan kasih sayang.. Siapa aku? Berulang kali aku bertanya..

     Bukan aku menumpang kasih sayang ibu.. Aku mempunyai seorang ibu yang sangat kuat.. Dibuang.. Walaupun dia tidak tahu mengapa.. Dia tetap sayang kepada ibunya.. Walaupun berat tapi ibu tetap menerima.. Setiap yang berlaku ada sebabnya..

    Aku bersyukur dengan apa yang di laluinya, dia mampu menjaga dan membesarkan kami.. Anak-anaknya.. Bukan istilah kurang kasih sayang.. Cuma mungkin dengan keluarga sedara-mara.. Bukan semua orang boleh terima bila kita mempunyai sejarah yang hitam..

     Kita cuba masuk dengan dunia mereka.. Walaupun dihina.. Tapi dia adalah keluarga.. Kasih Sayang apa yang cuba diterangkan? Perasaan benci makin bertahkta dalam jiwa..

Jatuh..!

    Apa perasaan bila keluarga kita dihina..? Marah? Sedih? Semua perasaan bercampur paur.. Tapi demi cinta dan sayang yang cuba dipupuk.. Ya!

    Bukan saya yang minta untuk ada masalah keluarga yang besar.. Bukan saya nak tekankan yang saya kurang kasih sayang.. Saya sangat bersyukur.. Keluarga sentiasa berada disamping saya.. Memberikan kasih sayang yang secukupnya.. Tapi apa yang saya pilih.. Jalan ini adalah pilihan sayang..

SAYA MERAYU.. JANGAN SALAHKAN KELUARGA SAYA ATAS SEGALA PERBUATAN SAYA..