BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, 26 November 2012

Usrah :)


Alhamdulillah.. di tarikh 24 November 2012.. dari pagi sampai lah ke malam... pelajar Malaysia(Perempuan) di Beijing ada buat usrah... seronok sangat usrah nie.. ofcourse lah cerita pasal isu semasa sekarang...
 
 
pada mulanya penceramah iaitu Abang Johan membongkar mengenai ISK...
Apa itu ISK ??
haaaa!! ISK maksud dia... Ini Sejarah Kita.....
 
Siapa KITA??
 
kita adalah
-manusia
-hamba Allah SWT
-Khalifah
-anak
 
"Sesungguhnya Allah SWT tidak akan melihat rupa bentuk dan harta seseorang, tetapi Allah SWT melihat hati dan amal manusia"
 
Apa maksud ISLAM? haaa.. siapa yang amik CTU mesti tahu kan apa maksud ISLAM...
ISLAM itu adalah SELAMAT, AMAN , SEJAHTERA....
banyak lagi yang dah dikupaskan..... cerita kisah islam. dan contohnya..
 
REZEKI?? rezeki boleh digunakan dengan dua cara.. satu ialah dengan cara baik.. kedua ialah dengan cara buruk.. cara baik ialah mengunakan rezeki Allah ke jalan kebenaran lah.. macam kita mempunyai harta yang banyak.. dan harta itu kita sedekahkan..... jalan yang buruk contohnya ialah seperti Firaun.. Allah SWT dah memberikan kesihatan tubuh badan kepada firaun tetapi dia riak.. so, fikir lah apa yang jadi dekat firaun :)
 
KENAPA ALLAH SWT memberikan rezeki kepada umatnya secara berbeza-beza-----
macam yang kita tahu lah.. first sekali mestilah Allah nak "menguji hambanya" "untuk mengajar hambanya BERKONGSI" "untuk BANTU-MEMBANTU"
 
selepas itu cerita pasal Hadis Ad-Deen....
 
"Barang siapa yang Allah SWT mengkehendaki kebaikan diatasnya akan diberikan kefahaman Ad-Deen"
 
"Wahai manusia! Sungguh, telah datang kepadamu pelajaran(al-Quran) dari Tuhanmu, penyembuh bagi penyakit yang ada didalam dada, dan petunjuk serta rahmat bagi mereka yang beriman"
 
semasa kita didalam perut lagi.. Allah SWT telah memberitahu kepada kita 4 perkara... iaitu rezeki kita, ajal kita, amalan kita, serta kebaikan atau celakanya kita...  sebenarnya apa yang paling penting ialah tawakal dahulu kemudian baru usaha.. sebab apa? sebab apa yang terjadi telah di tentukan.. lebih baik kita bertawakal.. kemudian baru usaha.. tapi bukan bermakna bertawakal semata-mata.. macam yang penceramah dah cakap.. semuanya adalah ujian daripada Allah SWT...
 
Penceramah ada menunjukkan vid tentang serangan di Gaza.. hati saya amat terusik apa bila ada seseorang yang mengeluarkan ayat begini
 
"DIMANAKAH ASKAR DARI TURKEY, DIMANAKAN ASKAR DARI SYIRIA, DIMANAKAH ASKAR DARI JORDAN, DIMANAKAN ASKAR DARI IRAQ, DIMANAKAH ASKAR DARI SAUDI, DIMANAKAH ASKAR DARI MESIR, DIMANAKAH ASKAR DARI INDONESIA"
 
 
sayu hati bila dengar orang itu cakap macam nie. memang betul kata mereka... Umat Islam didunia itu ramai.. tetapi mana kamu semua kita saudara kita memerlukan bantuan. ketika saudara kita BERMANDI DARAH bagi mempertahankan Islam! dimana kita sebagai umat Islam?!!
 
 
 
 
*sampai disini sahaja lah dulu..... harap apa yang saya tulis nie betul. Insyaallah.. :)

0 comments: