BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, 30 November 2012

MY FIRST VIDEO.. :)

 
 
Alhamdulillah.. setelah seharian menghadap kertas, gunting, highlight dan barang-barang comel... akhirnya berjaya juga buat video untuk dia...
so kat sini nak tunjuk lah barang apa yang saya guna sebagai permulaan untuk buat video untuk dia nie...
 
pertama sekali kena ada
 
Gam dan gunting.. barang yang paling penting taw..!
 
Pensil dan pen yang berwarna warniJ
♥♥Clip-clip yang comel..♥♥
 
♥♥Dan beberapa barang yang tersayang..♥♥
so inilah barang-barang yang saya gunakan sebagai permulaan untuk vidoe pertama saya.. mungkin tak sebaik video orang lain tapi saya gembira dengan hasil nya.. :)



only for my sygs....MUHAMMAD IKMAL AINDALLAH.. :)♥♥♥♥
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Tuesday, 27 November 2012

The Great Wall :)


Tarikh: 25 November 2012
Masa: 8.15am-4pm

     Alhamdulillah.. Dah dua bulan aku berada dekat Beijing ni.. Akhirnya jejak jugak kaki dekat tempat yang kita semua tahu.. 7 keajaiban dunia.. :) Salah satu yang paling famous.. Tembok Besar China atau The Great Wall!


macam biasa lah.. memula bangon awal pagi untuk siapkan makanan.. (dah macam nak pergi picnik dah).. then gerak pergi sana... dalam 2 jam jugak lah.. jauh sikit dari beijing.....:) dengar cerita sana salji.. tapi bila dah sampai sebenarnya tak sajli pon.. tapi even tak salji pon, sejuk dia bukan main lagi... dah pakai berlapis-lapis pun sejuk lagi... nie belum winter.. dah nak beku dah..:) haha..

 
starting dengan menaik tange yang tinggi giler! bayangkan... nak naik gunung.. pasti ade tangge.. lepas tu belok sana, belok sini.. rasa macam nak surrender dah.. penat giler kowt...... Ya Allah.. memang patut lah digelar 7 keajaiban didunia.. bayangkan.. buat tangge dekat gunung.. gunung.. bukan bukit.. tangge dia cantik je...:) setelah nak satu jam naik tangge.. akhirnya sampai lah di tempatnya... haaaa...... Subhanallah.. cantik sangat permandangan.. walaupun tak nampak pokok-pokok tapi tetap nampak lawa....

 
 
masa kat Great Wall tu, teringat lah sejarah tingkatan spm.. belajar pasal Tembok Besar China.. bila sentuh batu dekat situ, tengok panjangnya benteng pertahanan negara China tu, tiba-tiba terfikir.. Ya Allah.. berapa lama masa yang diambil untuk siapkan benteng yang panjang.. yang tinggi macam tu.. berapa nyawa yang terkorban untuk buat keajaiban dunia nie... titik peluh siapa yang bertungkus lumus membina bangunan yang begitu indah.. :)

 
 
betul orang kata... kalau kita setakat belajar, tapi tak pergi tengok.. memang tak dapat nak rasa susah senangnya membinaannya...:) aku bangga dengan seni bina orang zaman dahulu... :)










♥ Mira di The Great Wall :)


















Friend's for ever :)♥










♥ haha... :) seronok yer
tangkap gambar ye :P



♥ BEIJING WAIGUOYU DAXUE:)♥

Monday, 26 November 2012

Usrah :)


Alhamdulillah.. di tarikh 24 November 2012.. dari pagi sampai lah ke malam... pelajar Malaysia(Perempuan) di Beijing ada buat usrah... seronok sangat usrah nie.. ofcourse lah cerita pasal isu semasa sekarang...
 
 
pada mulanya penceramah iaitu Abang Johan membongkar mengenai ISK...
Apa itu ISK ??
haaaa!! ISK maksud dia... Ini Sejarah Kita.....
 
Siapa KITA??
 
kita adalah
-manusia
-hamba Allah SWT
-Khalifah
-anak
 
"Sesungguhnya Allah SWT tidak akan melihat rupa bentuk dan harta seseorang, tetapi Allah SWT melihat hati dan amal manusia"
 
Apa maksud ISLAM? haaa.. siapa yang amik CTU mesti tahu kan apa maksud ISLAM...
ISLAM itu adalah SELAMAT, AMAN , SEJAHTERA....
banyak lagi yang dah dikupaskan..... cerita kisah islam. dan contohnya..
 
REZEKI?? rezeki boleh digunakan dengan dua cara.. satu ialah dengan cara baik.. kedua ialah dengan cara buruk.. cara baik ialah mengunakan rezeki Allah ke jalan kebenaran lah.. macam kita mempunyai harta yang banyak.. dan harta itu kita sedekahkan..... jalan yang buruk contohnya ialah seperti Firaun.. Allah SWT dah memberikan kesihatan tubuh badan kepada firaun tetapi dia riak.. so, fikir lah apa yang jadi dekat firaun :)
 
KENAPA ALLAH SWT memberikan rezeki kepada umatnya secara berbeza-beza-----
macam yang kita tahu lah.. first sekali mestilah Allah nak "menguji hambanya" "untuk mengajar hambanya BERKONGSI" "untuk BANTU-MEMBANTU"
 
selepas itu cerita pasal Hadis Ad-Deen....
 
"Barang siapa yang Allah SWT mengkehendaki kebaikan diatasnya akan diberikan kefahaman Ad-Deen"
 
"Wahai manusia! Sungguh, telah datang kepadamu pelajaran(al-Quran) dari Tuhanmu, penyembuh bagi penyakit yang ada didalam dada, dan petunjuk serta rahmat bagi mereka yang beriman"
 
semasa kita didalam perut lagi.. Allah SWT telah memberitahu kepada kita 4 perkara... iaitu rezeki kita, ajal kita, amalan kita, serta kebaikan atau celakanya kita...  sebenarnya apa yang paling penting ialah tawakal dahulu kemudian baru usaha.. sebab apa? sebab apa yang terjadi telah di tentukan.. lebih baik kita bertawakal.. kemudian baru usaha.. tapi bukan bermakna bertawakal semata-mata.. macam yang penceramah dah cakap.. semuanya adalah ujian daripada Allah SWT...
 
Penceramah ada menunjukkan vid tentang serangan di Gaza.. hati saya amat terusik apa bila ada seseorang yang mengeluarkan ayat begini
 
"DIMANAKAH ASKAR DARI TURKEY, DIMANAKAN ASKAR DARI SYIRIA, DIMANAKAH ASKAR DARI JORDAN, DIMANAKAN ASKAR DARI IRAQ, DIMANAKAH ASKAR DARI SAUDI, DIMANAKAH ASKAR DARI MESIR, DIMANAKAH ASKAR DARI INDONESIA"
 
 
sayu hati bila dengar orang itu cakap macam nie. memang betul kata mereka... Umat Islam didunia itu ramai.. tetapi mana kamu semua kita saudara kita memerlukan bantuan. ketika saudara kita BERMANDI DARAH bagi mempertahankan Islam! dimana kita sebagai umat Islam?!!
 
 
 
 
*sampai disini sahaja lah dulu..... harap apa yang saya tulis nie betul. Insyaallah.. :)

Thursday, 22 November 2012

Kenapa awak??~part 1~

Awak tahu kenapa..

Pertama kali saya tenguk awak kat bila time koir..
saya dah mula suka dekat awak..
saya kan budak baru time tu..
awak budak lama..
padahal baru beberapa hari je beza awak dengan saya..
time tu ramai yang nak kenal dengan saya..
saya tak tahu kenapa saya terpandang awak..
awak pun pandang saya..
lepas tu kita selalu pandang-pandang..
awak tahu sejak pertama saya pandang awak
saya dah mula suka...
suka kan awak...
awak nak tahu kenapa?
sebab awak lain sangat dari yang lain..
satu hari kawan saya bagi tau saya...
ada orang kirim salam dekat saya...
saya tanya dia siapa...
awak nak tahu tak?
dia tunjuk awak...
masa tu saya dah malu-malu dah..
saya tak tahu awak yang kirim salam dekat saya..
awak nak tahu tak..
saya rasa bahagia sangat-sangat masa tu..
saya tak habis-habis cerita dekat kawan-kawan saya...
sejak hari tu..
kita selalu main tukar-tukar salam..
sejak hari tu hubungan kita semakin rapat..
kita dah start main surat..
awak ingat tak awak pernah bagi pensil tekan dekat saya?
saya ada simpan lagi bunga dekat atas pensil tu..
awak ingat tak masa kita baik hantu-hantu kat dalam bilik musik?
awak tahu tak..
saya bahagia sangat-sangat dengan awak...
kita dah kenal hati masing-masing...
awak selalu tengok saya dari rumah kawan saya..
kawan saya tu kawan awak jugak kan?
saya petang-petang mesti akan turun taman..
semata-mata untuk bagi awak nampak saya....
semata-mata nak tengok awak..
awak..
kan jauh rumah awak dari rumah saya..
sanggup awak jalan kaki kan nak pergi tengok saya?
saya selalu masuk kelas awak....
tengok buku sekolah awak..
saya tanya dekat kawan saya...
kenapa tulisan awak dekat surat cantik..
kenapa tulisan awak dekat buku buruk..
haha.. awak tahu...
kawan saya cakap..
mesti lah kena lain sebab itu dia nak tulis untuk kekasih dia..
awak tahu tak?
saya gembira sangat masa itu...
saya tengok sebelah meja awak..
ada nama awak..
tapi awak....
nama awak dengan perempuan lain....
saya merajuk dengan awak..
kawan-kawan awak semua datang dekat saya...
awak pun ada sekali..
awak pandang saya...
awak kata..
perempuan tu yang suka dengan awak...
dia yang tulis semua tu....
awak tunjuk biodata perempuan tu..
saya pun percaya dekat awak...
lepas tu hubungan kita jadi semakin baik...
 
awak.. tahu tak hati saya awak dah curi sejak dulu lagi..?
saya sayangkan awak sampai bila-bila.....

Keindahan..


Kenapa Kubur Wanita Digali Sedalam 7 Kaki Berbanding Kubur Lelaki 5 Kaki ?
 

Isteri : Abang, boleh sayang tanya?

 Suami : Ye sayang. Nak tanya apa?

Isteri : Sayang pelik la abang. Kenapa syarat dalam Islam, bila lelaki meninggal dunia, kubur nya digali sedalam 5 kaki tapi kubur wanita berlainan digali sedalam 7 kaki?
Suami : Ooo.. InsyaAlLah senang ja jawapannya tu.. (sambil tersenyum). ”Kalau nak t
au Islam ni agama yang sangat prihatin dan bijaksana. Sebenarnya sebab kubur wanita digali lebih dalam dari lelaki kerana jika berlaku banjir, jenazah wanita tersebut tak akan terapung ke atas dan akhirnya akan membuka aurat jenazah. Islam sangat menjaga aurat kaum wanita, sampaikan hingga nyawa dah melayang dari jasad pun. Islam masih melindungi aurat kaum wanita.”
 
Isteri : SubhanaAlLah. Besarnya kuasa AlLah ya abang.
Suami : *Hanya tersenyum*
Sama lah dengan kenapa kain kapan perempuan haruslah ada tujuh.. bukan 5... :)
 Wahai kaum wanita. Tutuplah aurat mu dengan sempurna, ketika masih bernyawa. Kerana InsyaAlLah, AlLah juga akan membantu melindungi aurat mu walaupun nyawa sudah tiada suatu hari kelak..
 

Setiap hari yang bermasalah... :)


     Sejak kebelakangan ini ada banyak masalah.. tapi tau lah kenapa... mungkin dugaan Allah untuk kuatkan aku dekat sini... :) tak apa lah.... sebenarnya tak ada apa nak cerita.. tapi saja je nak update blog.. rasa bosan pulak.. tak tau nak buat apa.... haha.. :)

     Kemarin aku baru dapat kawan aku yang lama.. tapi hari nie dah tak jadi kawan. haha... lepas tak ada siapa lah yang nak dengar cerita aku.. nak dengar aku menagis... nak jadi orang lain.. dengar aku membebel....

     Salah aku jugak.. tak baik buat orang macam tu.. hati aku dia boleh jaga.. hati dia aku tak jaga pun.. dengar je masalah aku.. time dia ada masalah aku buat tak tahu.. bukan buat tak tahu.. tapi aku takut masalah jadi lagi besar...

     mungkin perkataan FRIENDS FOR EVER tu akan kekal.. tak apa lah.... :)

    Tuk kawan aku... aku minta maaf sebab aku tak dengar masalah kau bila kau ada masalah. sory sebab susahkan kau dengan masalah aku.. aku minta maaf sebab selalu bebankan kau.. aku tahu kau mesti sakit hati kat bila dengar je masalah aku.. tak dengar lah lepas nie aku membebel dekat kau... tak boleh lah lepas nie kita nyanyi sama-sama..

     Terima kasih cuz selalu ada dengan aku tak kira apa pun situasi aku.... semoga kesabaran kau terbalas.. dan semoga Allah selalu berada disamping mu wahai sahabatku...:)

    Just keep in touch without seen.. :)
 
Bermula difacebook you im..
i dulu tak tahu malu
i malas nak layan
so i buat tak tahu..
 
you terus cuba dan mencuba
sehingga i jatuh cinta
gatalnya diri you
membuat i terjatuh
 
bila kita dah start mengada
kita selalu keluar sama
borak panjang-panjang
makan dan tengok wayang
 
sikit-sikit je i merajuk
you selalu sabar pujuk
tapi sebenarnya i cuma test you saja....

:P just sampai disini kisahnya.. :)

writen for you my friend.. <3


Tuesday, 20 November 2012

bosan!

__________@@@@@@ _________@________@________@@@@@@ ________@___________@_____@_________@ ________@_____________@@@__________@ _________@___________________________@ __________@_______@@@@@___________@ ___@@@@@@____@@@@@@@_________@ __@_____________@@@@@@@_________@ _@_____________@@@@@@@@_______@ _@_____________@@@@@@@@_____@ _@_____________@@@@@@@______@ ___@____________@@@@@_________@ _____@@@@@_______________________@ _________@@_________________________@ _________@___________@@___________@ __________@________@@__@@@@@@@ ___________@_____@@ ____________@@@@_@ ____________________@ ____________________@ ____________________@ _____________________@ ______________________@ ______________________@____@@@ ______________@@@@__@__@_____@ _____________@_______@@@___@@ ________________@@@____@__@@ _______________________@ ______________________@ _____________________@ ____________________@ <3

Sunday, 18 November 2012

Coretan untuk dia :)

 
 


Ramai orang tanye.. awak memang sayang sangat-II kan dekat dia?
Awak memang cinta sangat-II kan dekat dia?
Awak boleh dapat yang lagi baik dari dia, kenapa awak tetap dengan dia?
Kenapa awak nak sakitkan hati awak lagi dengan dia..
 
Jawapannya YE!!P
saya CINTAKAN dia
saya SAYANGKAN dia
sebab saya O boleh hidup tanpa dia
 
 
"buat apa kita dapat orang yang lagi baik , dari yang sangup sakit demi kita?"
"jangan cari orang yang sempurna.. kerna setiap orang tidak sempurna.. tetapi cari lah orang yang mampu menjaga kita.. yang mampu terima kita seadanya"
 
PNak tahu kenapa lagi?? JOM SCROLL!!Q
Ccara dia menjaga saya...
C cara dia layan saya.......
C kenangan kami.....
C susah senang......
 
Memang bagi orang yang tak kenal dia akan kata dia layan saya teruk sangat-II.. Tapi sebenarnya.. Awak semua tak tahu kenapa dia layan saya macam tu....

Alkisah.......

Dulu dia pernah bagi kepercayaan dia sepenuhnya dekat saya... Macam-II dia buat untuk saya.. Sanggup buat apa sahaja yang anda (lelaki-II) di luar sana yang sanggup buat untuk kekasih dia.... Tapi saya BODOH!! Tak reti nak menghargai dia..
 
Pernah tak rasa sakit bila kekasih kita buat kita menangis atau curang or sewaktu dengannya? Awak bayangkan lah.. bertapa sakitnya bila orang yang kita dah bagi kepercayaan yang sepenuhnya dekat dia tapi kita musnahkan...... Ya Allah.. Saya pernah rasa benda tu.. dan rasanya teramat sakit.. sampai terfikir nak bunuh diri... sakit yang teramat...
 
Awak bayangkan juga bila dia kena banyak kali.. Bukan sekali saya buat dia macam tu.. Bukan 2 kali.. tapi tak TERHINGGA dan tak TERKIRA..L bertapa sakitnya dia.. :'( buat dia jatuh berkali-II dalam menjaga saya...... sampai satu tahap dia terfikir yang buat apa lagi tunggu saya.. sedangkan saya selalu buat dia merana dengan perangai saya........ Tapi, satu yang dia tahu.. Dia tak boleh hidup tanpa saya.. sebab tu dia sanggup tahan semuanya.. hilang semuanya.... jatuh berkali-kali untuk saya..
Dia sanggup berusaha untuk saya.. tapi saya??? L
 
10 tahun awak.. 10 tahun... macam-II kenangan yang kami dah lalui... membesar sama-II dari kecik... dari sekolah rendah sampai dah habis sekolah. bayangkan bertapa lamanya... sepanjang itu, banyak dia dah terseksa dengan perangai saya...
 
Saya TERFIKIR... apa salah dia? apa dosa dia? apa yang dia tak lakukan untuk saya....? Ya Allah..... kenapa saya bergitu tergamak sekali untuk sakitkan orang betul-II CINTA kan kita???!! kenapa saya tetap lakukan kesalahan yang sama tanpa belajar dari kesilapan yang lalu?? kenapa saya tetap lakukan sedangkan kan saya sendiri tak boleh hidup tanpa dia???  kenapa saya bergitu bodoh.. buta!
 
Sekarang! giliran saya untuk buktikan dekat die.. Sekarang! giliran saya untuk tebus balik salah saya.... untuk ubah balik pandangan orang terhadap dia.. untuk tebus maruah dia yang dah dia jatuhkan untuk saya.......
 
Awak tahu.......
Kadang-II saya terfikir.. dapat kah dia terima saya kembali? dapatkan dia terima orang yang dah berkali-II sakitkan, musnahkan hidup dia..
 
J......Alhamdulillah......J
hati dia masih lagi memberikan saya peluang... walaupun tak sebaik dahulu.. tapi saya bersyukur.. dah saya takkan ulangi kesilapan saya dahulu.... saya akan buktikan dekat dia... bahawa peluang yang terakhir ini takkan sia-sia..!

 

P/S: cyg ♥ sayang ♥ sangat-II ♥ dekat b! !


Saturday, 17 November 2012

FOR SAYANG SAYA

Sayang...
cawak tahu tak saya sayang sangat-II dekat awak??d
Sayang...
cawak tahu tak saya cinta sangat-II dekat awak??d
Sayang...
cawak tahu tak yang saya betul-II nak hidup dengan awak??d
 
Sayang...
cawak tahu.. setiap hari taw saya fikirkan awak..d
csaya tak nak hilang awak...d
csaya tak nak pergi jauh dari awak..d
csaya tak nak awak jadi milik orang lain..d
 
✌♚✌♚♥✌♚
 
csaya tahu banyak sangat salah saya dekat awak..d
csaya tahu banyak sangat dosa saya dekat awak..d
 
 
♥.....SAYANG.....
 
csaya nak minta maaf dekat awak nie....d
cawak dengar tak???d
cawak nampak saya tak??d
 
Sayang...
cawak ingat tak... awak kata nanti awak nak tunggu saya balik..d
cawak nak bawak saya pergi jalan-II.. d
cawak nak habiskan masa dengan saya..d
cawak nak pergi bercuti dengan saya kan??d
cawak janji awak nak jaga saya..d
cawak nak masakkan laksa untuk saya..d
cawak nak bawak saya pergi makan nasi arab...d
cawak nak bawka saya pergi sunway lagoon...d
cawak nak ada rumah..d
cada kereta dengan saya..d
cawak ada anak dengan saya..d
cawak nak jalani susah senang dengan saya..d
cawak janji kan awak nak bawak saya pergi kemana sahaja awak pergi..d
cawak dah janjikan yang hati awak hanya untuk saya..d
ctakkan berubah perasaan awak dekat saya...d
ctakkan ada perasaan sayang dekat orang lain...d
cawak janji kan yang awak akan tetap tunggu saya..d
 
Sayang!!
cbuka lah mata....d
csaya dekat sebelah awak nie...d
cawak rasa tak saya pegang awak??d
 
 
Sayang...
 
cBangun lah.!!d
cawak dah janji awak nak hidup dengan saya...d
cawak dah janji awak nak jaga saya..d
 
 
Saya MINTA MAAF!!
 
cawak.. bangun lah.. d
cbuka mata..d
awak!!
csaya janji saya takkan buat lagi macam tu...d
csaya janji saya akan dengar semua cakap awak..d
csaya janji saya takkkan lukakan hati awak walau sekecil kuman pun..d
awak bangun ye?
 
Sayang...
Saya janji dengan awak... saya takkan sakitkan awak lagi.. takkan buat awak sedih.....
saya janji saya akan berubah..... saya janji saya akan buktikan dekat awak...
saya janji saya akan tebus balik semua salah saya dekat awak..

 
 

@ Writing for Muhammad Ikmal Aindallah BinTeduan......

Monday, 5 November 2012

♥Cinta♥


Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan; manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.~ Mahatma Ghandi
CINTA ITU UMPAMA POKOK YANG PERLU DISIRAM SETIAP HARI...~Mahatma Ghandi
Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Karena Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta.
Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yg satu lagi,” Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?”. Jawab titis air mata kedua tu,” Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu sahaja.
Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata: aku turut bahagia untukmu.
Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.
Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mau mencoba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.
Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu Coba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama.
Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.
Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.
Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.
Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat -Hamka
Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.
Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.
Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat berarti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.
Kamu tahu bahwa kamu sangat merindukan seseorang, ketika kamu memikirkannya hatimu hancur berkeping.
Dan hanya dengan mendengar kata “Hai” darinya, dapat menyatukan kembali kepingan hati tersebut.
Tuhan ciptakan 100 bahagian kasih sayang. 99 disimpan disisinya dan hanya 1 bahagian diturunkan ke dunia. Dengan kasih sayang yang satu bahagian itulah, makhluk saling berkasih sayang sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak.
Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan karena perginya tanpa berpatah lagi.
Jangan mencintai seseorang seperti bunga, kerana bunga mati kala musim berganti. Cintailah mereka seperti sungai, kerana sungai mengalir selamanya.
Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dasyatnya cinta !
Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya.
Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setitis embun yang turun dari langit,bersih dan suci. Cuma tanahnyalah yang berlain-lainan menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus,tumbuhlah oleh kerana embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain perkara yang tercela. Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur,di sana akan tumbuh kesuciaan hati, keikhlasan, setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji.~ Hamka
Kata-kata cinta yang lahir hanya sekadar di bibir dan bukannya di hati mampu melumatkan seluruh jiwa raga, manakala kata-kata cinta yang lahir dari hati yang ikhlas mampu untuk mengubati segala luka di hati orang yang mendengarnya.
Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu,dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya
Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.
Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu.
Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.
Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan.
itu lah CINTA sejati...
SEKIAN..........

♥ Teman is for Ever Sahabat is till Ever Cinta is Love ♥



♥Teman.. Pernahkah kamu merasa satu ketika, kamu ditemukan dengan seseorang yang benar-benar satu kepala denganmu, sehingga kamu merasa dia sebagai teman sejiwamu, tapi kamu harus merasakan penderitaan yang teramat sangat kerana bagaimanapun ‘dia bukan untukmu?

 

 

♥Teman.. Pernahkah kamu ingin menangis sekuatnya dan membiarkan seluruh dunia mengetahui betapa dalamnya luka di hatimu ketika ‘dia yang bukan untukmu’ bagaimanapun juga tak akan boleh kamu lenyapkan dari hati dan fikiranmu?♥

 

 

♥Teman.. Pernahkah kamu ingin berteriak melepas semua beban dari hatimu namun ‘dia yang bukan untukmu’ itu berada semakin kuat dalam hatimu?♥
 

♥Teman.. Pernahkah kamu begitu merindukannya, bahkan dalam tidurmu kamu masih dan tetap merindukannya walaupun hampir setiap hari kau tahu kamu boleh berjumpa dengan ‘dia yang bukan untukmu’ itu?♥

 

 

♥Teman.. Pernahkah kamu terus dan terus berusaha untuk menjaga hatimu dan mengisi relung jiwamu dengan terus ‘taqarrub Ilallah’ kerana walaupun kamu sedar bahawa semua ini telah digariskan oleh Allah Tuhan Sekalian Alam sebagai ujian bagimu, kerana Dia teramat menyayangimu?♥
 
♥♥TEAM GUNTING DAN TAMPAL♥♥